Nama : Siti Fatimah
Umur : 33 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Siti Fatimah merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mula berjinak dalam perniagaan secara atas talian

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Siti Fatimah merupakan pelajar di bengkel jahitan yang terletak bersebelahan Pusat Internet. Beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk mengetahui perkhidmatan dan kelas-kelas yang ditawarkan. Beliau berminat untuk menyertai kelas asas Shopee yang diadakan bermula Julai 2020.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Siti Fatimah telah berjaya memiliki kedai Shopee sendiri. Beliau menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk mengepos barang, mencetak dan fotokopi serta menggunakan komputer. Beliau juga mengikuti beberapa kelas lain untuk menambah pengetahuan tentang ICT.

Nama : Noor Fadillah
Umur : 37 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Puan Fadillah merupakan seorang surirumah selepas berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Fadillah menghasilkan produk bakeri dan dijual secara kecil-kecilan. Beliau kerap menghantar anak-anak ke PIK Kg Labohan Dagang untuk mengikuti kelas asas ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Fadillah mendaftarkan diri untuk mengikuti Kelas Asas Shopee yang dianjurkan oleh Kluster Kuala Langat secara atas talian. Beliau kemudiannya mendapatkan kelas persendirian bersama petugas untuk lebih memahami cara jualan melalui Shopee. Beliau cuba menjual beberapa produk seperti Belinjo Gold di kedai Shopee miliknya.

Nama : Khairul
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Adik Amar Adif merupakan pelajar sekolah rendah dan dan menetap di Kg Labohan Dagang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, adik Khairul bersekolah di tadika yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Komuniti Kg Labohan Dagang sejak berusia 9 tahun. Adik kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk menonton video di laman Youtube. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Ibu adik Khairul telah mendaftarkan adik Khairul untuk mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Komuniti Kg Labohan Dagang. Adik Khairul telah belajar asas komputer sepertti menaip, melukis menggunakan tetikus hinggalah ke kelas Dekstop Publishing dan e-Pembelajaran. Adik Khairul juga menjadikan PIK Kg Labohan Dagang sebagai tempat untuk menjalani PDPR. Kini, adik Khairul sudah mahir menggunakan komputer.

Nama : Zunainah
Umur : 40 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Zunainah merupakan seorang surirumah selepas berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Zunainah menghasilkan produk kuah rojak dan bantal kekabu. Produk ini dijual melalui Whatsapp dan Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada musim PKP, Pn Zunainah ingin belajar memasarkan produk melalui Shopee. Beliau mendapatkan bantuan petugas selaku tenaga pengajar. Pn Zunainah diajar cara untuk mengambil gambar yang lebih menarik bagi tujuan promosi produk. Beliau juga diajar cara memuat naik produk dan mengisi maklumat di laman Shopee. Kini, beliau telah berjaya menjadi salah seorang penjual bantal kekabu di laman Shopee.

Nama : Amar Adif
Umur : 8 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Adik Amar Adif merupakan pelajar sekolah rendah dan dan menetap di Kg Labohan Dagang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, adik Amar Adif bersekolah di tadika yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Komuniti Kg Labohan Dagang sejak berusia 5 tahun. Adik Amar kerap berkunjung ke Pusat Internet bersama abang-abangnya untuk menontoin video di laman Youtube. Lazimnya, abang Amar akan membantu Amar membuka komputer dan Youtube kerana Amar tidak tahu menggunakan komputer. Di samping itu juga, adik Amar menyertai aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet bersama rakan-rakan tadika yang lain seperti mewarna online dan puzzle online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada hujung minggu dan cuti sekolah, ibu saudara Amar telah mendaftarkan nama Amar untuk mengikuti kelas asas ICT di Pusat Internet bersama sepupunya yang lain. Adik Amar telah mempelajari asas komputer, melukis secara online dan menaip. Kini, adik Amar boleh menggunakan komputer tanpa bantuan abang-abangnya.