Nama : Amar Adif
Umur : 8 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Adik Amar Adif merupakan pelajar sekolah rendah dan dan menetap di Kg Labohan Dagang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, adik Amar Adif bersekolah di tadika yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Komuniti Kg Labohan Dagang sejak berusia 5 tahun. Adik Amar kerap berkunjung ke Pusat Internet bersama abang-abangnya untuk menontoin video di laman Youtube. Lazimnya, abang Amar akan membantu Amar membuka komputer dan Youtube kerana Amar tidak tahu menggunakan komputer. Di samping itu juga, adik Amar menyertai aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet bersama rakan-rakan tadika yang lain seperti mewarna online dan puzzle online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada hujung minggu dan cuti sekolah, ibu saudara Amar telah mendaftarkan nama Amar untuk mengikuti kelas asas ICT di Pusat Internet bersama sepupunya yang lain. Adik Amar telah mempelajari asas komputer, melukis secara online dan menaip. Kini, adik Amar boleh menggunakan komputer tanpa bantuan abang-abangnya.