278025521 1376452406185410 1770209970691817982 n

Wanita dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagi dua sahabat karib yakni Pn Junaidah dan Pn Maslina, mereka telah mengusahakan gerai jualan yang diberi nama Kudapan Santai Petang di Laman Rezeki. Gerai yang diusahakan sejak awal tahun 2022 ini menjual pelbagai menu minum petang seperti kuih-muih tradisional, laksa, mee kari, soto, kek, bubur manis, air minuman dan banyak lagi. Gerai ini dibuka pada sebelah petang di Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang, bersebelahan Kerepek Umi House. Hidangan minum petang yang dijual di gerai ini merupakan hasil air tangan surirumah-surirumah di Kg Labohan Dagang dan sedikit sebanyak membantu mereka mencari sumber pendapatan sampingan. Sifat ramah dan mesra dua sahabat baik ini menarik ramai pelanggan untuk terus berkunjung dan membeli juadah minum petang di sini.

 

278003439 1376397916190859 8397090193361927264 n278004430 1376397786190872 9109093156412055141 n278004984 1376397836190867 5530361814034111329 n

WAKTU OPERASI : 4.00 petang - 7.00 malam

ALAMAT : Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang (Bersebelahan Kerepek Umi House)

 

WhatsApp Image 2023-12-26 at 13.39.44 2f418655

2wan Coffee 🥤

Di sebelah tepi jalan yang sibuk antara kilang Megasteel dan kampung, terdapat sebuah kedai kopi yang tak seperti yang lain. Dikelilingi oleh aroma kopi yang menggoda, kedai kecil ini menawarkan suasana hipster yang unik. Tidak hanya menyajikan kopi yang berkualiti, tetapi juga memikat pelanggan dengan berbagai menu yang menarik.

Lokasinya yang strategik menjadikannya titik pertemuan antara dua dunia yang berbeza. Bagi mereka yang bekerja di kilang, ia merupakan tempat untuk melepaskan penat dan bersantai. Sementara bagi penduduk kampung, ia adalah tempat untuk menghirup kehidupan bandar sambil tetap menjaga keaslian kampung.

Dengan kombinasi unik antara harga yang berpatutan, suasana yang mengasyikkan, dan kepelbagaian menu yang ditawarkan, kedai kopi hipster tepi jalan ini telah menjadi mercu tanda yang menyatukan perbezaan di antara dua komuniti yang berbeza di sekitarnya.

Jam operasi: 1pm - 7pm

Alamat pickup: Jalan RDU 1, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Delivery : misirakyat