PAYA INDAH WETLANDS

PAYAINDAH 

Bagi mereka yang tercari-cari destinasi untuk percutian singkat bersama keluarga, Paya Indah Wetland Sanctuary yang terletak di Jalan Dengkil, Banting merupakan salah satu pilihan. Dengan jarak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur, 25 kilometer dari Putrajaya dan 20 kilometer dari KLIA, lokasi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang inginkan suasana percutian yang tenang dan mendamaikan. Ia dibahagikan kepada tiga zon, iaitu Zon Rekreasi, Zon Pendidikan, serta Zon Konservasi dan Penyelidikan.

Kawasan seluas 3100 hektar ini merupakan bekas kawasan perlombongan bijih timah, hutan paya gambut dan tasik air tawar yang kini telah dipulihara dan dipelihara menjadi salah satu pusat ecopelancongan yang terkemuka di daerah Kuala Langat sejak tahun 1991. Paya Indah Wetlands telah dibuka secara rasmi pada 13 Oktober 2001 oleh Y.A.B Tun Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia ketika itu. Pada peringkat awal, Paya Indah Wetlands telah diuruskan oleh Malaysia Wetland Foundation sehingga Mac 2005, sebelum diambil alih oleh pihak PERHILITAN sehingga kini. Tanggal 20 Oktober 2008 merupakan tarikh perasmian pembukaan semula Paya Indah Wetlands yang disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Dauglas Unggah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Paya Indah Wetland menjadi habitat bagi 142 spesies akuatik, dan tanam-tanaman. Selain itu, terdapat kira-kira 210 jenis burung, 40 jenis ikan, 25 jenis mamalia dan reptilia serta kira-kira 220 jenis tumbuhan dan herba. Antara daya tarikan utama pelancong yang berkunjung ke sini ialah untuk melihat badak air, di samping haiwan-haiwan lain seperti buaya, merak, kuda, landak, arnab, kura-kura dan sebagainya. Terdapat juga beberapa buah tasik yang diserikan lagi dengan hidupan akuatik seperti teratai dan keladi bunting yang pastinya memukau pandangan pengunjung.

Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti riadah di sini, Paya Indah Wetlands menawarkan kemudahan seperti berbasikal, menunggang kuda, berkayak dan bersampan, memancing, berkelah, meredah hutan mahupun berjalan kaki melalui laluan-laluan khas yang disediakan. Terdapat juga kemudahan chalet bagi mereka yang ingin bermalam di sini. Untuk mereka yang inginkan kelainan dalam majlis perkahwinan, hari keluarga, seminar dan sebagainya, pihak pengurusan Paya Indah Wetlands turut menyediakan ruang dan kemudahan pada harga yang berpatutan.

ALAMAT : 

Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan KM 4, Jalan Dengkil-Banting, 43800 Dengkil, Selangor.

TELEFON :

03-8768 7616, 03-8768 8343 or 03-8768 8726

EMEL :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

TADOM HILLS 

-Terletak hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur, Tadom Hill Resorts merupakan kawasan camping dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.

-Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini difahamkan baru dibuka dan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.

-Apa yang paling menarik ialah konsep Tadom Hill Resorts ini. Memang terbaik sebab ianya berkonsepkan buluh.

Buat masa ini ada 3 jenis pakej ‘tempat tinggal’ yang ditawarkan iaitu
                                           1)Tadom Hammock Sphere,

                                           2)Tadom Tent Sites,

                                           3) Vip Bamboo Hut.

Sebelum pergi, elok check dulu di laman web mereka .

-Di sini juga korang boleh lakukan beberapa aktiviti lasak dan mencabar iaitu di Tadom Base. 4 zon disediakan buat korang mencabar ketahanan mental dan fizikal!

-kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan.