Kampung Tradisi Labohan Dagang telah dibuka pada tahun 1918. Mengikut sejarah kampung ini telah dibuka oleh orang melayu tempatan yang dikenali sebagai En.Osman Bin Busu dan En. Dollah Bin Busu. Nama asal kampung ini ialah Pelabohan Dagang dan telah ditukar kepada Kampung Labohan Dagang.

 

Mengikut dari segi sejarah dan berpandukan lokasi dan logistik, kampung ini mempunyai sebatang sungai yang dikenali sebagai sungai Langat.  Oleh kerana dimasa itu tiada kemudahan laluan pengangkutan darat, maka sungai Langat adalah laluan utama untuk pedagang-pedagang dari Kuala Jugra membawa barang dagangan ke Pekan Kajang.  Memandangkan air sungai sentiasa mengalami air pasang surut, pedagang-pedagang akan singgah  berlaboh sementara menunggu air pasang semula.

 

Pada tahun 1930 , Orang Jawa dari Indonesia adalah penghijarah utama selain daripada bangsa-bangsa yang lain yang singgah dan membuka tanah serta menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi di kampung ini.

 

            Pada tahun 1957, selepas Kemerdekaan dan menjelang tahun 1960 sektor perlombongan bijih timah telah mula berkembang dan member peluang pekerjaan baru dan disusuli pula dengan ladang-ladang tanaman dan kelapa sawit pada tahun 1965