PARLIMEN SEPANG Ahli Parlimen : Y.B Tuan Mohamed Hnaipa Maidin
DUN DENGKIL Ahli Dewan Undangan Negeri : Y.B Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
DAERAH KUALA LANGAT Pegawai Daerah : Tuan Mohd Jusni Bin Hashim
MUKIM TANJUNG 12 (2) Penghulu Mukim : En Mohd Ezham Bin Mohd Azmi
KG LABOHAN DAGANG Ketua Kampung : - akan dikemaskini -

       Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya JKKK ialah sebuah jawatankuasa  yang ditubuhkan oleh kerajaan. JKKK adalah satu institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan di peringkat yang paling bawah iaitu di peringkat kawasan atau kampung. Penubuhannya melengkapkan sistem dan jentera pentadbiran kerajaan yang meliputi peringkat persekutuan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat mukim.

JKKK adalah badan pengurusan di peringkat kampung atau kawasan membantu dalam pembangunan negara. Penubuhan badan ini adalah selaras dengan konsep pengwujudan pengurusan yang telus (good governance) iaitu idea-idea yang konstruktif di peringkat akar umbi dapat disalurkan ke daerah, negeri dan negara melalui badan-badan yang ditubuhkan di semua peringkat berkenaan.

FUNGSI JKKK KG. LABOHAN DAGANG

Merancang dan melaksanakan pelan tindakan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.

- Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

- Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar dasar dan harapan kerajaan.