Jom ikuti perjalanan salah seorang peserta kelas Asas Shopee, cik Siti Nur Adila Idris yang telah berjaya 'membuka' kedai atas talian menggunakan platform Shopee.

Baru sahaja menamatkan pengajian dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Adila mengambil peluang mengikuti kelas Asas Shopee di PI Kg Labohan Dagang pada penghujung Julai 2020 dan membantu mempromosikan produk-produk kerepek di bawah jenama Kerepek Umi House, Kg Labohan Dagang, Banting.

Bagi mereka yang berada di luar daerah Kuala Langat atau negeri Selangor dan ingin mencuba kepelbagaian kerepek Banting pada harga yang mampu milik, boleh layari shopee.com.my/adila_kerepek_house.