Tarikh | : 3 Ogos 2022 (Selasa) |
Masa | : 2.30 - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Mengajar peserta tentang asas foto produk
Aktiviti
Seramai 3 peserta yang merupakan pengasas kepada 3 Jelita telah mengikuti latihan keusahawanan (asas foto produk). Kelas ini adalah bagi mengajar mereka teknik-teknik yang perlu diaplikasikan semasa membuat rakaman foto produk untuk penghasilan katalog. Para peserta diberi peluang untuk merakamkan foto-foto produk keluaran mereka menggunakan teknik yang diajar.
____________________________________________________________________________________
Tarikh | : 2 Ogos 2022 (Selasa) |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Membantu peserta menjalankan perniagaan secara atas talian
Aktiviti
Seramai 2 peserta hadir ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk mempelajari cara memulakan perniagaan secara digital. Kedua-dua peserta merupakan pengasas 3 Jelita yang menjalankan perniagaan berasaskan bakeri dan pastri. Peserta mendapat penerangan tentang perkara-perkara yang diperlukan bagi memulakan perniagaan secara digital seperti mewujudkan akaun e-Commerce (Shopee), Tiktok Shop, dan sebagainya. Mereka juga diberi penerangan tentang penghasilan bahan-bahan promosi untuk digunakan semasa memasarkan produk secara digital.
____________________________________________________________________________________
Tarikh | : 1 Ogos 2022 (Isnin) |
Masa | : 9.00 - 10.00 pagi |
Lokasi | : PEDi Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Melatih peserta menggunakan aplikasi Smart Parking Selangor untuk membayar sewa parkir
Aktiviti
Seorang peserta telah hadir ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk mempelajari cara menggunakan aplikasi Smart Parking Selangor bagi membayar sewa parkir. Peserta diberi penerangan tentang aplikasi tersebut dan cara menggunakannya. Peserta kemudiannya diminta untuk menambah nilai dalam aplikasi tersebut bagi memudahkan urusan pembayaran parkir pada masa akan datang.
____________________________________________________________________________________
Tarikh | : 2 Ogos 2022 (Selasa) |
Masa | : 3.00 - 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Membantu peserta membuat permohonan BINGKAS secara atas talian
Aktiviti
Seorang peserta telah hadir ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk meminta tunjuk ajar bagi permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) secara atas talian. Peserta diminta menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Peserta kemudiannya diberi penerangan ringkas tentang BINGKAS dan cara mengusu borang secara atas talian.
____________________________________________________________________________________
Tarikh | : 28 Julai 2022 (Khamis) |
Masa | : 3.00 - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Melatih usahawan menyunting dan memuatnaik video pemasaran menggunakan aplkiasi CapCut
Aktiviti
Seramai 5 orang usahawan telah hadir ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk mengikuti Latihan Keusahawanan - Suntingan Video menggunakan aplikasi CapCut. Kelas ini telah dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Kanchong Darat dan melibatkan usahawan-usahawan yang menjual produk makanan, barangan kecantikan dan bahan bacaan. Sebelum kelas bermula, peserta diberi tayangan video Klik Dengan Bijak. Seterusnya, mereka diperkenalkan dengan aplikasi Cap Cut dan cara menyunting video menggunakan aplikasi tersebut.
____________________________________________________________________________________