PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG LABOHAN DAGANG
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Labuhan Dagang, Banting Selangor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melayari laman Portal kami. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) adalah bertujuan untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang tiada perkhidmatan di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS).
PEDi ditubuhkan bertujuan untuk MERAPATKAN JURANG DIGITAL dalam kalangan komuniti setempat. Semakin banyak PEDi telah bangunkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap PEDi yang telah ditubuhkan mempunyai peralatan ICT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti desa menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi telah menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan inisiatif Negara untuk menyambungkan perbezaan diantara komuniti desa dan bandar, sebaris dengan objektif yang digariskan di dalam Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar dan Teknologi Peta Jalan MyICMS 886.
WAKTU OPERASI PEDi KG LABOHAN DAGANG
PEDi AKAN DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM |
||
WAKTU OPERASI |
9.00 am - 1.00pm |
Beroperasi |
1.00 pm – 2.00pm |
REHAT |
|
2.00 pm – 6.00pm |
Beroperasi |