Wanita dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagi dua sahabat karib yakni Pn Junaidah dan Pn Maslina, mereka telah mengusahakan gerai jualan yang diberi nama Kudapan Santai Petang di Laman Rezeki. Gerai yang diusahakan sejak awal tahun 2022 ini menjual pelbagai menu minum petang seperti kuih-muih tradisional, laksa, mee kari, soto, kek, bubur manis, air minuman dan banyak lagi. Gerai ini dibuka pada sebelah petang di Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang, bersebelahan Kerepek Umi House. Hidangan minum petang yang dijual di gerai ini merupakan hasil air tangan surirumah-surirumah di Kg Labohan Dagang dan sedikit sebanyak membantu mereka mencari sumber pendapatan sampingan. Sifat ramah dan mesra dua sahabat baik ini menarik ramai pelanggan untuk terus berkunjung dan membeli juadah minum petang di sini.
WAKTU OPERASI :
4.00 petang - 7.00 malam
ALAMAT :
Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang (Bersebelahan Kerepek Umi House)
Bagi penggemar menu Nasi Arab, Restoran Nasi Arab Al-Shams pastinya menjanjikan hidangan yang lazat dan menepati citarasa anda. Mula beroperasi sekitar bulan Mac 2021, restoran ini terletak di Taman Sri Dagang, Kg Bukit Changgang, Banting, Selangor. Menawarkan gabungan menu-menu menarik dari Barat dan Timur Tengah, daya tarikan utama restoran ini terletak pada Chicken Kabsah dan Lamb Kabsah yang enak dan menyelerakan. Terdapat juga pilihan sandwich, pencuci mulut, aneka pilihan minuman dan pelbagai lagi menu menarik di Restoran Nasi Arab Al-Shams.
SUMBER FOTO : Facebook Nasi Arab AlShams
FACEBOOK : Nasi Arab AlShams
WAKTU OPERASI : 10.00 pagi - 9.00 malam
ALAMAT : No 11, Jalan SD 1/1, Taman Sri Dagang, Bukit Changgang, Banting, Selangor
Tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan yang positif kepada setiap individu. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, pemilihan bantal yang selesa juga memainkan peranan penting. Bantal Kekabu Asli daripada Qaseh Iman Shop diharap mampu memberi keselesaan kepada para penggunanya. Produk yang dihasilkan oleh Puan Zunainah dari Kg Labohan Dagang ini dijual pada harga yang berpatutan Terdapat beberapa saiz bantal di samping corak yang menarik, khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Bantal kekabu asli ini boleh digunakan sendiri oleh pembeli, atau dihadiahkan kepada yang tersayang.
Facebook : https://www.facebook.com/qaseh.iman.1460/
Alamat : Jalan RDU 1, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Whatsapp : www.wassap.my/60132255400/BantalKekabuAsli
Shopee : www.shopee.com.my/qasehiman11
Lokasinya yang agak tersorok di pedalaman tidak menjadi penghalang bagi para pengunjung untuk datang ke sini dan menikmati hidangan yang lazat. Restoran Istana Bunian yang terletak di Tadom Hill Resort menjadi satu lagi daya tarikan menarik bagi sesiapa yang berkunjung ke daerah Kuala Langat. Menawarkan pelbagai menu berasaskan masakan Western, Restoran Istana Bunian menjadi pilihan penduduk tempatan mahupun pelancong luar untuk makan malam dan meluangkan masa dengan yang tersayang.
Dilimpahi dengan cahaya lampu pada waktu malam, struktur dan senibina bangunan yang diperbuat daripada kayu buluh dan dihiasi kain berwarna kuning keemasan menjadikan Restoran Istana Bunian tampak unik dan eksklusif. Para pengunjung juga boleh menikmati keindahan Bukit Tadom dan kehijauan tasik yang terletak bertentangan dengan restoran.
SUMBER FOTO : Facebook
Alamat : Tadom Hill Resort, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/restoranistanabuniantadomhillresorts
Menghadiahkan kejutan buat insan yang tersayang, itulah perkhidmatan yang diusahakan oleh Pn Maslinda sejak beberapa tahun lalu. Ibu kepada empat orang anak ini menjadikan perkhidmatan Surprise Delivery sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. Perkhidmatan Surprise Delivery daripada Pn Maslinda bukan sahaja dikenali di kampung ini, malah juga di sekitar kawasan Banting dan kawasan-kawasan berhampiran. Menawarkan harga pakej yang menarik dan mampu milik, Surprise Delivery ini seringkali memeriahkan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari kecemerlangan sekolah dan pelbagai lagi majlis keraian.
Faceebook : https://www.facebook.com/emilyn.Choclate
Alamat : Jalan RDU 1, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Whatsapp : www.wassap.my/60146963059
SUMBER FOTO : Facebook Normaslinda Anip