Jika anda berkunjung ke Kg Labohan Dagang, jangan lupa untuk singgah ke Kerepek Umi House yang terletak di Jalan Bahagia. Siapa sangka, kediaman mewah yang dikelilingi pagar ini menempatkan sebuah showroom yang menjual pelbagai jenis kerepek dan makanan tradisional. Lokasinya yang terletak berhampiran KLIA dan Putrajaya menjadikan Kerepek Umi House sebagai destinasi singgahan bagi penduduk berhampiran.

 

Mula diusahakan secara kecil-kecilan pada tahun 1999, Kerepek Umi House diasaskan oleh Pn Yaumi binti Ikhsan. Selain kerepek ubi masin, Kerepek Umi House juga menghasilkan kerepek ubi pedas basah, kerepek ubi pedas kering, kerepek ubi BBQ, kerepek pisang tanduk dan pisang abu serta beberapa lagi jenis kerepek lain. Kerepek Umi House juga turut memasarkan produk-produk keluaran usahawan-usahawan IKS tempatan.

 

Hampir setiap minggu, produk kerepek keluaran Kerepek Umi House akan dihantar ke kawasan Sabak Bernam, Sekinchan dan Tanjung Karang untuk dipasarkan.

 

ALAMAT : Lot 1883, Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

WAKTU OPERASI : Isnin – Ahad (8.00 pagi – 10.30 malam)

FACEBOOK : Kerepek Umi House

TELEFON : 019-695 9735

1

SUMBER : Menarik di Kuala Langat dan Klang