Bagi penggemar menu Nasi Arab, Restoran Nasi Arab Al-Shams pastinya menjanjikan hidangan yang lazat dan menepati citarasa anda. Mula beroperasi sekitar bulan Mac 2021, restoran ini terletak di Taman Sri Dagang, Kg Bukit Changgang, Banting, Selangor. Menawarkan gabungan menu-menu menarik dari Barat dan Timur Tengah, daya tarikan utama restoran ini terletak pada Chicken Kabsah dan Lamb Kabsah yang enak dan menyelerakan. Terdapat juga pilihan sandwich, pencuci mulut, aneka pilihan minuman dan pelbagai lagi menu menarik di Restoran Nasi Arab Al-Shams.
SUMBER FOTO : Facebook Nasi Arab AlShams
FACEBOOK : Nasi Arab AlShams
WAKTU OPERASI : 10.00 pagi - 9.00 malam
ALAMAT : No 11, Jalan SD 1/1, Taman Sri Dagang, Bukit Changgang, Banting, Selangor
Lokasinya yang agak tersorok di pedalaman tidak menjadi penghalang bagi para pengunjung untuk datang ke sini dan menikmati hidangan yang lazat. Restoran Istana Bunian yang terletak di Tadom Hill Resort menjadi satu lagi daya tarikan menarik bagi sesiapa yang berkunjung ke daerah Kuala Langat. Menawarkan pelbagai menu berasaskan masakan Western, Restoran Istana Bunian menjadi pilihan penduduk tempatan mahupun pelancong luar untuk makan malam dan meluangkan masa dengan yang tersayang.
Dilimpahi dengan cahaya lampu pada waktu malam, struktur dan senibina bangunan yang diperbuat daripada kayu buluh dan dihiasi kain berwarna kuning keemasan menjadikan Restoran Istana Bunian tampak unik dan eksklusif. Para pengunjung juga boleh menikmati keindahan Bukit Tadom dan kehijauan tasik yang terletak bertentangan dengan restoran.
SUMBER FOTO : Facebook
Alamat : Tadom Hill Resort, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/restoranistanabuniantadomhillresorts
Menghadiahkan kejutan buat insan yang tersayang, itulah perkhidmatan yang diusahakan oleh Pn Maslinda sejak beberapa tahun lalu. Ibu kepada empat orang anak ini menjadikan perkhidmatan Surprise Delivery sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. Perkhidmatan Surprise Delivery daripada Pn Maslinda bukan sahaja dikenali di kampung ini, malah juga di sekitar kawasan Banting dan kawasan-kawasan berhampiran. Menawarkan harga pakej yang menarik dan mampu milik, Surprise Delivery ini seringkali memeriahkan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari kecemerlangan sekolah dan pelbagai lagi majlis keraian.
Faceebook : https://www.facebook.com/emilyn.Choclate
Alamat : Jalan RDU 1, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Whatsapp : www.wassap.my/60146963059
SUMBER FOTO : Facebook Normaslinda Anip
Tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan yang positif kepada setiap individu. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, pemilihan bantal yang selesa juga memainkan peranan penting. Bantal Kekabu Asli daripada Qaseh Iman Shop diharap mampu memberi keselesaan kepada para penggunanya. Produk yang dihasilkan oleh Puan Zunainah dari Kg Labohan Dagang ini dijual pada harga yang berpatutan Terdapat beberapa saiz bantal di samping corak yang menarik, khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Bantal kekabu asli ini boleh digunakan sendiri oleh pembeli, atau dihadiahkan kepada yang tersayang.
Facebook : https://www.facebook.com/qaseh.iman.1460/
Alamat : Jalan RDU 1, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Whatsapp : www.wassap.my/60132255400/BantalKekabuAsli
Shopee : www.shopee.com.my/qasehiman11
Keenakan sate terletak pada bahan perapan daging, cara ia dibakar, serta gandingan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang sebagai hidangan sampingan. Keistimewaan ini terdapat pada hidangan sate keluaran Jamri Sate Tempurung yang telah bertapak sejak berpuluh tahun lamanya.
Terletak di simpang Tiga Kolej Mara Banting – Kg Labohan Dagang dan bersebelahan Restoran Legasi Adden, Jamri Sate Tempurung menawarkan hidangan sate ayam, daging lembu dan kambing buat penggemar-penggemar sate. Daging sate yang lembut dan kuah sate yang enak membuatkan permintaan terhadap sate keluaran Jamri Sate Tempurung meningkat, terutamanya pada musim perayaan.
Kini, Jamri Sate Tempurung telah melebarkan sayap dengan membuka cawangan di Kota Warisan.
Alamat : Simpang Tiga Kolej Mara Banting, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Telefon : 018-327 6506
Waktu Operasi : 5.00 petang – 12.00 tengah malam (kecuali waktu PKP)
Facebook : https://www.facebook.com/Jamri-Sate-507525949605107/
Sumber Foto : Facebook Jamri Sate Tempurung