Jenama Ceklat Bite yang diusahakan oleh Pn Nurhanizza Arifin menawarkan produk homemade seperti Brownies, kek coklat, kek Marble, Creampuff, Chocojar, cheesetart, aneka biskut raya dan pelbagai lagi pilihan produk yang dijual pada harga yang berpatutan.

Facebook : https://www.facebook.com/nurhanizzaarifin/

Whatsapp : www.wassap.my/60132244950

Instagram : https://www.instagram.com/nizzaarifin/

Alamat : Kg Labohan Dagang

TEMPEWAKMIS 

        Tempe merupakan makanan tradisional yang sinonim bagi masyarakat Jawa. Bukan sahaja terkenal di negara Indonesia, malah masyarakat di Malaysia turut menggemarinya. Pn Maskiah Jamin merupakan salah seorang pengusaha tempe tradisional di Kg Labohan Dagang. Beliau telah menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan lebih 15 tahun yang lalu.

          Bahan utama dalam penghasilan tempe ialah kacang soya dan ragi tempe. Kuantiti kacang soya yang digunakan pula bergantung kepada jumlah tempe yang ingin dihasilkan. Manakala bagi proses pembungkusan, daun sempo menjadi pilihan utama. Kacang soya perlu direndam selama 3 hari bagi memudahkan proses menanggalkan kulit. Dalam tempoh tersebut, air rendaman perlu diganti bagi mengelakkan kacang soya yang direndam berasid.

             Seterusnya, kacang soya yang telah direndam akan dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Proses ini adalah bagi menanggalkan kulit kacang soya sepenuhnya. Kulit kacang soya perlu dibuang sepenuhnya bagi mengelakkan tempe yang dihasilkan menjadi masam atau rosak. Kacang soya yang telah dibuang kulitnya akan direbus dalam air yang mendidih selama 3 jam. Dalam tempoh ini, unggun api yang digunakan untuk merebus kacang soya hendaklah sentiasa marak. Kacang soya ini kemudiannya dibiarkan kering dan sejuk seketika. Proses berikutnya ialah menggaul dan meratakan ragi tempe bersama kacang soya yang telah siap direbus dan disejukkan.

            Akhir sekali, tempe akan dibungkus sama ada menggunakan daun mahupun plastik. Tempe yang dibungkus menggunakan daun pisang atau daun sempo dikatakan memberikan aroma yang lebih istimewa berbanding jika dibungkus menggunakan plastic. Tempe yang telah siap dibungkus akan disimpan dalam ruang atau bilik khas selama 2 malam. Lazimnya, tempe yang telah siap mampu bertahan sehingga 3 hari.

             Bagi memasarkan produk tempe yang dihasilkan, Wak Mis akan berurus niaga dari rumah ke rumah atau ke premis-premis berkaitan. Rata-rata pembeli merupakan pelanggan tetap beliau. Harga tempe yang dijual adalah sekitar seringgit dan dua ringgit seikat, bergantung kepada saiz.

 

Menjadi suri rumah bukanlah penghalang bagi Puan Norazlin untuk menjana pendapatan tambahan. Minatnya dalam masakan telah mendorong beliau menghasilkan produk bakeri dan pastri di bawah jenama AdzLyn Homemade. Aneka produk berasaskan roti dan biskut yang dihasilkan oleh Puan Norazlin pastinya menjadi pilihan orang ramai. Produk keluaran Puan Norazlin juga tiada bahan pengawet dan dihasilkan pada hari penghantaran.

Antara produk yang boleh didapati di bawah jenama AdzLyn Homemade termasuklah roti golok, roti 4 musim, tart nenas, almond london, kek marbel dan pelbagai lagi hidangan pemanis mulut yang dijual pada harga yang berpatutan.

 

44540211 1892776134103840 5628919228296855552 n 44846081 1900076006707186 5090526725347999744 n

 FB : https://www.facebook.com/norazlin.hassan.58

Whatsapp : Www.wasap.my/60176734382

Lokasi : Kg Labohan Dagang

 

HOMEMADEUMMI

Usahawan berikutnya yang kami tampilkan ialah Pn Khadijah Ismail, pengusaha kek Swiss Roll dan produk makanan sejuk beku. Beliau merupakan pemastautin di Kg Labohan Dagang dan merupakan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pusat Sri Baiduri. Kes Swiss Roll yang dihasilkan oleh Pn Khadijah sangat lembut dan enak serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Dengan harga serendah RM10, pelanggan boleh memilih  kek Swiss Roll pelbagai perisa seperti pandan, mocha, coklat, red velvet dan vanilla. Sesuai untuk dijadikan hidangan sampingan di musim perayaan dan sebagai buah tangan untuk yang tersayang.

Selain itu juga, Pn Khadijah menghasilkan pelbagai produk sejuk beku dan hidangan makanan lain demi memenuhi permintaan para pelanggan.

 

Hubungi :

Facebook : Khadijah Ismail 
Whatsapp : www.wassap.my/60199330530
Alamat : Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang

 

Daya inovasi dan kreativiti yang dimiliki oleh Azlina Binti Mat Sapar telah mendorong usahawan wanita ini menghasilkan produk puding roti yang dihiasi dengan pekbagai pilihan topping. D'Pudding Palace merupakan jenama yang diusahakan oleh cik Azlina sejak tahun 2015. Pada permulaannya, beliau mengusahakan produk ini secara separuh masa. Namun kini, perniagaan puding roti di bawah jenama D'Pudding Palace telah dijalankan secara sepenuh masa.

D'Pudding Palace - Bread Pudding Banting menyediakan variasi puding roti dengan aneka pilihan topping. Antaranya termasuklah Butterscoth, Caramel, Banana, Chipsmore, Cranberries dan pelbagai lagi pilihan topping yang menarik untuk dicuba. D'Pudding Palace - Bread Pudding Banting boleh didapati dalam tiga saiz iaitu L (10x10 inci), R (8x8 inci) dan P (18x8cm). Para pelanggan juga boleh memilih pakej kombo, iaitu dengan memilih beberapa jenis topping dalam satu hidangan puding roti.

 

BREAD1 BREAD3 BREAD4

 

FB Page : D'Pudding Palace - Bread Pudding Banting
Instagram : www.instagram.com/dpuddingpalace
WhatsApp : www.wasap.my/60183112484/dpuddingpalace
Lokasi : Rancangan Tanah Belia, Banting, Selangor.