Kuih bakar Mawar merupakan produk baharu yang boleh didapati di Kampung Labohan Dagang. Perniagaan Kuih Bakar ini dimiliki oleh pasangan suami isteri dan diusahakan di laman rumah. Keistimewaan Kuih Bakar Mawar terletak pada tekstur yang lembut, rasa yang tidak terlalu manis serta aroma daun pandan serta bahan bakar yang digunakan, iaitu sabut kelapa. Dijual pada harga yang sangat berpatutan, Kuih Bakar Mawar menawarkan pilihan perisa kuih bakar, iaitu perisa pandan atau jagung.

ALAMAT        : Jalan Masjid Lama, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

FACEBOOK  : Kuih Bakar Mawar

WHATSAPP : http://wasap.my/60163536532/KuihBakarMawar

 

MAWAR1

MAWAR2

MAWAR3

SUMBER FOTO : Facebook Kuih Bakar Mawar - Banting

 

Jika anda berkunjung ke Kg Labohan Dagang, jangan lupa untuk singgah ke Kerepek Umi House yang terletak di Jalan Bahagia. Siapa sangka, kediaman mewah yang dikelilingi pagar ini menempatkan sebuah showroom yang menjual pelbagai jenis kerepek dan makanan tradisional. Lokasinya yang terletak berhampiran KLIA dan Putrajaya menjadikan Kerepek Umi House sebagai destinasi singgahan bagi penduduk berhampiran.

 

Mula diusahakan secara kecil-kecilan pada tahun 1999, Kerepek Umi House diasaskan oleh Pn Yaumi binti Ikhsan. Selain kerepek ubi masin, Kerepek Umi House juga menghasilkan kerepek ubi pedas basah, kerepek ubi pedas kering, kerepek ubi BBQ, kerepek pisang tanduk dan pisang abu serta beberapa lagi jenis kerepek lain. Kerepek Umi House juga turut memasarkan produk-produk keluaran usahawan-usahawan IKS tempatan.

 

Hampir setiap minggu, produk kerepek keluaran Kerepek Umi House akan dihantar ke kawasan Sabak Bernam, Sekinchan dan Tanjung Karang untuk dipasarkan.

 

ALAMAT : Lot 1883, Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

WAKTU OPERASI : Isnin – Ahad (8.00 pagi – 10.30 malam)

FACEBOOK : Kerepek Umi House

TELEFON : 019-695 9735

1

SUMBER : Menarik di Kuala Langat dan Klang

Booth #BobaChocolateMilk yang diusahakan di Jalan Masjid Lama, Kg Labohan Dagang ini menawarkan minuman berasaskan Boba seperti Boba Milk dan Boba Chocolate. Di samping itu juga, terdapat juadah makanan seperti kek Viral, ayam goreng seringgit, aneka sosej dan bebola, kuih-muih Mellayu dan banyak lagi.

BOBA1

Facebook : https://www.facebook.com/edaya.shah

Alamat      : Jalan Masjid Lama, Kg Labohan Dagang

Fatin Cookies merupakan biskut homemade buatan salah seorang usahawan pastri di Kg Labohan Dagang, Pn Musliha Akob. Pemilihan nama Fatin Cookies adalag bersempena dengan nama salah seorang anak perempuan Pn. Musliha, iaitu adik Fatin. Memulakan perniagaan biskut hampir sedekad yang lalu, Pn Musliha menawarkan empat jenis produk biskut homemade pada harga yang berpatutan. Biskut homemade keluaran Fatin Cookies termasuklah Chocolate Chips, Semperit Dahlia, Almond London dan Tart Nenas Gulung. Pn Musliha telah memasarkan produk biskut keluarannya hingga ke negeri Johor. 

 

MUSLIHA1   MUSLIHA3   MUSLIHA2 

Facebook : https://www.facebook.com/musliha.akob.79

Whatsapp : http://www.wassap.my/61776056995

Shopee     : shopee.com.my/muslihaakob

Alamat      : Jalan Bahagia, Kg Labohan Dagang

Zaradanial Craft menawarkan produk kraf dan cenderahati seperti keychain, mini tasbih, kalendar dan sebagainya. Diusahakan oleh seorang usahawan wanita tempatan, produk kraf keluaran Zaradanial Craft sering mendapat tempat di hati para pelanggan terutamanya pada musim sambutan Hari Guru, hujung sesi persekolahan dan pelbagai musim keramaian.

 

Facebook : https://www.facebook.com/azlina.tumiran

Whatsapp : http://www.wassap.my/60133195411

Instagram : https://www.instagram.com/zaradanial_craft/

Alamat      : Kg Labohan Dagang