Maklumat aktiviti

Tarikh :  20 Julai 2024
Masa : 4.00 - 5.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada fungsi asas dalam microsoft office word, terutamanya yang berkaitan dengan pemformatan teks. 

Aktiviti

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada fungsi asas dalam Microsoft Office Word, terutama yang berkaitan dengan pemformatan teks. Peserta akan belajar cara menggunakan pelbagai alat pemformatan seperti jenis font, saiz font, garis bawah (underline), tebal (bold), italik (italic), warna font, dan warna latar belakang teks (highlight color).

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 20 Julai 2024
Masa : 3.00 - 4.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan komponen dalaman dan fungsi tetikus komputer kepada peserta. Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan asas tentang perkakasan komputer dan bagaimana tetikus berfungsi sebagai salah satu input device.

Aktiviti

Mekasnisme aktiviti:

1. Pengenalan: Evolusi dan jenis-jenis tetikus;

2. Komponen utama tetikus;

3. Perbincangan fungsi tetikus;

4. Aktiviti interaktif yang melibatkan penggunaan tetikus secara aktif. 

Gambar

 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 14 Julai 2024
Masa : 3.00 - 4.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman peserta mengenai konsep-konsep asas dalam Pendidikan Islam, mempertingkatkan daya ingatan dan pemikiran kritis pelajar, serta menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Butiran aktiviti ini merangkumi:

1. Aktiviti ini akan dijalankan melalui laman web e-learning Quizziz, yang menawarkan pelbagai kuiz interaktif dan berkualiti tinggi dalam subjek Pendidikan Islam (PAI).

2. Kuiz yang disediakan adalah soalan-soalan berkaitan topik PAI yang relevan.

3. Peserta mesti melengkapkan kuiz dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Sistem Quizziz menilai jawapan secara automatik dan memberikan markah serta maklum balas segera.

Gambar

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 17 Julai 2024
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Lokasi : Zoom
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Webinar ini bertujuan untuk membantu para usahawan memahami dan memanfaatkan platform TikTok Shop bagi mengembangkan perniagaan mereka melalui konsep shoppertainment. 

Aktiviti

Webinar ini adalah anjuran MDEC. Melalui webinar ini, peserta dapat mempelajari cara:

1. Mendaftar akaun TikTok Shop;

2. Meningkatkan penjenamaan;

3. Tips untuk mencipta video pendek dan penstriman langsung (LIVE) secara berkesan.

Secara keseluruhannya, webinar ini dapat memberi pengetahuan dan alat kepada usahawan untuk berjaya dalam era perniagaan digital melalui platform TikTok Shop.

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 13 Julai 2024
Masa : 3.00 - 4.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Tujuan utama aktiviti ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi perkakasan komputer.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh murid sekolah rendah tentang fungsi perkakasan komputer secara interaktif dan menyeronokkan. Aktiviti ini merangkumi:

1. Pameran alatan perkakasan: keyboard, tetikus, monitor, pencetak, headset dan ups.

2. Permainan/kuiz

3. Pembentangan ringkas bagi menjelaskan nama dan fungsi alatan.

____________________________________________________________________________________