Maklumat aktiviti

Tarikh : 20 April 2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan peserta pengalaman STEM yang mendalam yang menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dengan gameplay inovatif yang berpusat pada manipulasi bayangan.

Aktiviti

Mekanisme permainan:
 
1. Manipulasi Bayangan: Pemain mempunyai keupayaan untuk mengawal pelbagai sumber cahaya dan objek untuk mencipta dan memanipulasi bayangan.
2. Penyelesaian Puzzle: Setiap tahap memberikan pemain dengan siri teka-teki yang memerlukan penggunaan kreatif bayangan untuk bergerak ke hadapan.
3. Makhluk Bayangan: Sepanjang permainan, pemain akan berjumpa dengan makhluk bayangan yang bertindak balas kepada cahaya dan bayangan.

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 20 April 2024
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mendengar, di samping membina kemahiran konsentrasi dan fokus para peserta.

Aktiviti

Mekanisme permainan:
 
1. Pemilihan lagu: Pilih lagu-lagu yang popular dan sesuai dengan kebolehan peserta. Pastikan lirik lagu mudah difahami dan melibatkan pelbagai gaya vokal.
2. Latihan menyanyi: Mulakan dengan mendengar lagu secara keseluruhan untuk membiasakan diri dengan melodi dan irama. Kemudian, peserta menyanyi bersama lagu tersebut sambil mengikuti lirik yang telah diberikan kepada mereka.

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 16 April 2024
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta (usahawan) memahami dan memanfaatkan fungsi Google Maps untuk meningkatkan engagement perniagaan mereka secara dalam talian, serta menonjolkan perniagaan mereka kepada komuniti.

Aktiviti

Dalam aktiviti ini, peserta diberi pendedahan/panduan tentang:
 
1. Pengenalan kepada Google Maps untuk perniagaan
2. Mendaftar dan mengurus perniagaan di Google My Business.
3. Menetapkan lokasi perniaagaan di dalam Maps.
4. Meningkatkan keterlihatan perniagaan - tips foto berkualiti, ulasan pelangaan dan maklumat tambahan yang relevan. 
 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 19 April 2024
Masa : 10.00 pagi - 11.00pagi
Lokasi : NaDi Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan peserta untuk mengenalpasti dan membangunkan kekuatan dan potensi diri di samping menyediakan maklumat praktikal tentang cara menangani situasi mencabar. 

Aktiviti

Butiran aktiviti seperti berikut: 
 
1. Pengenalan tentang konsep keyakinan diri - Definisi, kepetingan dan faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan diri.
2. Strategi meningkatkan keyakinan diri - Cara-cara membina imej diri yang positif melalui latihan, tips mengurus ketakutan dan kebimbangan.
3. Teknik visualisasi dan penetapan matlamat - Penetapan matlamat yang realistik dan cara mencapai matlamat tersebut.
4. Tayangan video, cadangan buku/bahan bacaan untuk meningkatkan keyakinan diri. 

 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 16 April 2024
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih peserta (usahawan) dalam kemahiran mendokumentasi dan mengurus dokumen dalam format PDF untuk menjaga rekod perniagaan, komunikasi rasmi dan profesional. 

Aktiviti

Butiran aktiviti latihan ini adalah seperti berikut:
 
1. Pengenalan kepada Format PDF:
- Penjelasan tentang apa itu PDF dan kelebihan penggunaannya dalam perniagaan.
- Contoh penggunaan PDF dalam perniagaan, seperti invois, laporan kewangan, dan profil syarikat.
2. Perisian dan Alat PDF:
- Pengenalan kepada perisian dan alat yang boleh digunakan untuk membuat dan mengurus dokumen PDF.
- Tutorial tentang cara menggunakan perisian popular seperti Adobe Acrobat, Foxit, atau alternatif lain.
3. Membuat dan Menyunting Dokumen PDF:
- Latihan praktikal tentang cara membuat dokumen PDF, termasuk pembuatan dari format lain (Word, Excel, dsb.).
- Cara menyunting dan menambah teks, gambar, grafik, atau tanda tangan dalam dokumen PDF.
4. Pengurusan Dokumen PDF:
- Teknik untuk mengatur dokumen PDF dengan cara yang mudah diakses dan efisien.
- Cara menggabungkan, membahagikan, dan menamakan dokumen PDF.
5. Keselamatan dan Perlindungan PDF:
- Pengajaran tentang cara melindungi dokumen PDF dengan kata laluan dan hak akses.
- Tips untuk memastikan dokumen penting tetap selamat dan sulit.
 

____________________________________________________________________________________