Maklumat aktiviti

Tarikh : 9 April 2024
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada perkataan berkaitan dengan planet dan sistem solar di samping eningkatkan kefahaman mereka tentang elemen-elemen sistem solar dan planet-planet di dalamnya.

Aktiviti

Mekanisme Aktiviti:

1. Peserta diberikan grid perkataan yang mengandungi perkataan-perkataan berkaitan dengan planet dan sistem solar.
2. Mereka perlu mencari dan menanda setiap perkataan yang terdapat dalam grid.
3. Peserta boleh mencari perkataan dalam pelbagai arah: mendatar, menegak, dan miring.
4. Setelah semua perkataan ditemui, peserta boleh berkongsi perkataan yang telah mereka temui dan bincangkan makna serta kaitannya dengan planet dan sistem solar.

Aktiviti ini juga boleh diperluaskan dengan meminta peserta membuat penyelidikan tambahan tentang setiap perkataan yang mereka temui, seperti sifat-sifat planet atau sejarah penemuan sistem solar.


____________________________________________________________________________________