Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 Februari 2024
Masa : 3 - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kreativiti di samping memupuk kemahiran teknikal peserta.
 

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, para peserta diajarkan untuk mencipta poster gerai menggunakan Canva. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
 

1.Buka Canva dan pilih jenis serta saiz poster

2.Pilih templat atau mulakan dari mula

3.Letak judul yang menarik

4.Masukkan gambar

5.Letak teks seperti tarikh, masa dan lokasi

6.Gunakan warna dan font yang bersesuaian

7.Masukkan grafik dan ilustrasi

8.Periksa dan edit.

9.Simpan dan kongsi. 

Dengan mengikuti aktiviti ini dan menguasai fungsi Canva, peserta dapat mencipta poster gerai yang menarik dan berkesan.

Gambar

 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 3 Februari 2024
Masa : 3 - 5 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang sistem tubuh manusia secara interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta didedahkan tentang pergerakan sendi jari manusia melui aktiviti membuat tangan kertas robotik mudah. Beberapa bahan diperlukan untuk membuat projek ini, iaitu:

1. Kertas 150gsm

2. Straw

3. Benang

4. Double tape

5. Gunting

6. Jarum

7. Pembaris

Pelajaran yang dapat diaplikasikan ialah sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan. Sains, bagaimana sendi jari boleh digerakkan; matematik, kepentingan ukuran setiap potongan straw yang diibaratkan sebagai segmen tulang, kejuruteraan, penggunaan jarum dan benang sebagai alat utama dalam projek ini yang diibaratkan sebagai otot.

Gambar

 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 13 Januari 2024
Masa : 3.00 - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran insaniah di kalangan peserta - kemahiran kerjasama, komunikasi, kreativiti, fokus dan ketekunan. 

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, para peserta dikehendaki untuk bekerja secara berkumpulan, di mana mereka perlu bergerak bersama dan berkoordinasi untuk mengikut langkah-langkah tarian. untuk menjaga sinkronasi dalam pergerakan, ahli kumpulan perlu berkomunikasi secara efektif untuk memastikan keseragaman pergerakan. oleh yang demikian, ketekunan sangat diperlukan oleh setiap ahli kumpulan. 

 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 1 Februari 2024
Masa : 3 - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi panduan kepada para peserta sebagai usahawan untuk membuka dan mengurus akaun Shopee Seller.
 

Aktiviti

Sesi aktiviti ini dilaksanakan bersama Rakan Digital. Di dalam aktiviti ini, para peserta diberi pendedahan dan panduan tentang:
 

1. Pendaftaran akaun;

2. Pengurusan produk: Menambah produk, memasukkan butiran produk seperti gambar, harga, penjelasan dan stok.

3. Pengurusan Inventori: Menyusun stok produk dengan membungkus barang dan menyediakan penghantaran.

4. Pengurusan pesanan: Memproses pesanan yang diterima daripada pelanggan dan mengemaskini status penghantaran.

5. Pengurusan pelanggan: Menjawab pertanyaan pelanggan, menangani isu-isu seperti pertukaran, pengembalian atau pertanyaan tentang produk.

Dengan mengikuti aktiviti ini, para peserta berpotensi untuk meningkatkan jualan mereka dengan capaian kepada pelanggan yang lebih luas.

Gambar

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 13 Januari 2024
Masa : 2.30 - 3.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyediakan permainan yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada peserta untuk belajar sambil bermain dan mengasah kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu: sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh murid sekolah rendah. Aktiviti ini berjalan merangkumi beberapa aspek:

1. Sains: Mengenalkan kepada peserta tentang sifat-sifat buah dan memahami kombinasi buah dari segi bentu, warna dan jenis.

2. Teknologi: Dalam konteks permainan digital, pembangunan dan reka bentuk permainan Fruit Puzzle melibatkan penggunaan teknologi, termasuk pembangunan perisian dan grafik komputer.

3. Kejuruteraan: Aspek kejuruteraan terdapat dalam reka bentuk permainan itu sendiri, seperti algoritma untuk rawak kepingan buah, sistem mata, dan tahap kesukaran yang itetapkan. Antara muka pengguna dan reka bentuk permainan juga merupakan sebahagian daripada kejuruteraan dalam membangunkan permainan ini.

4. Matematik: Permainan ini membina kemahiran menyelesaikan masalah matematik yang mudah, seperti corak kumpulan buah.

____________________________________________________________________________________