Maklumat aktiviti

Tarikh : 3 Februari 2024
Masa : 3 - 5 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang sistem tubuh manusia secara interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta didedahkan tentang pergerakan sendi jari manusia melui aktiviti membuat tangan kertas robotik mudah. Beberapa bahan diperlukan untuk membuat projek ini, iaitu:

1. Kertas 150gsm

2. Straw

3. Benang

4. Double tape

5. Gunting

6. Jarum

7. Pembaris

Pelajaran yang dapat diaplikasikan ialah sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan. Sains, bagaimana sendi jari boleh digerakkan; matematik, kepentingan ukuran setiap potongan straw yang diibaratkan sebagai segmen tulang, kejuruteraan, penggunaan jarum dan benang sebagai alat utama dalam projek ini yang diibaratkan sebagai otot.

Gambar

 

____________________________________________________________________________________