Maklumat aktiviti

Tarikh : 13 Januari 2024
Masa : 2.30 - 3.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyediakan permainan yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada peserta untuk belajar sambil bermain dan mengasah kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu: sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh murid sekolah rendah. Aktiviti ini berjalan merangkumi beberapa aspek:

1. Sains: Mengenalkan kepada peserta tentang sifat-sifat buah dan memahami kombinasi buah dari segi bentu, warna dan jenis.

2. Teknologi: Dalam konteks permainan digital, pembangunan dan reka bentuk permainan Fruit Puzzle melibatkan penggunaan teknologi, termasuk pembangunan perisian dan grafik komputer.

3. Kejuruteraan: Aspek kejuruteraan terdapat dalam reka bentuk permainan itu sendiri, seperti algoritma untuk rawak kepingan buah, sistem mata, dan tahap kesukaran yang itetapkan. Antara muka pengguna dan reka bentuk permainan juga merupakan sebahagian daripada kejuruteraan dalam membangunkan permainan ini.

4. Matematik: Permainan ini membina kemahiran menyelesaikan masalah matematik yang mudah, seperti corak kumpulan buah.

____________________________________________________________________________________