Maklumat aktiviti

Tarikh : 6 Mac 2024
Masa : 10 pagi - 1 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengembangkan keteramilan para peserta dalam bidang seni digital dan animasi di samping menghibur dan menyampaikan mesej dengan cara yang menarik dan dinamik.
 

Aktiviti

Butiran aktiviti seperti berikut:
 
1. Pengenalan: Konsep lukisan animasi
2. Mencipta konsep animasi yang unik, gaya visual dan sketsa karakter.
3. Menggunakan dan mengaplikasikan lukisan ke dalam medium animasi "animated drawing"
4. Menyemak dan menyempurnakan animasi berdasarkan maklum balas dan kritikan.
 
Aktiviti ini membolehkan peserta untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif melalui animasi, sambil memperoleh keterampilan dalam bidang seni digital dan animasi.
 

Gambar;Video

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 Mac 2024
Masa : 10 pagi - 11 pagi
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang penggunaan penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu dan memperkukuh kemahiran mereka dalam mengenal pasti penjodoh bilangan yang sesuai dalam konteks yang berbeza.
 

Aktiviti

Aktiviti ini dirancang untuk memberikan pengalaman belajar yang bermakna dan praktikal kepada pelajar dalam memahami dan menggunakan penjodoh bilangan dalam Bahasa Melayu.
 
Butiran aktiviti seperti berikut:
1. Pengenalan tentang Penjodoh Bilangan: Konsep dan contoh Penjodoh Bilangan.
2. Menyediakan permainan atas talian tentang "pasangkan penjodoh bilangan" 
3. Pembentangan visual melalui carta dan gambar
4. Aktiviti penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat
5. Penilaian formatif
 

Gambar

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 17 Februari 2024
Masa : 3 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu dan memberi panduan kepada peserta langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah. 
 

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, para peserta diberi pendedahan dan panduan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan ketika menghadapi masalah. Beberapa langkah yang mesti diambil ialah: 
 
1. Kenalpasti masalah;
2. Kenalpasti pilihan-pilihan yang ada;
3. Kenalpasti keburukan-keburukan setiap pilihan;
4. Kenalpasti kelebihan-kelebihan setiap pilihan;
5. Kenalpasti satu pilihan yang paling kurang risiko.
 
Peserta dapat mengaplikasikan langkah-langkah ini dalam kehidupan mereka agar kehidupan mereka akan lebih tersusun, bernilai dan mengelakkan daripada berlaku penyesalan dan kemudaratan di kemudian hari. 
 

Gambar

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 23 Februari 2024
Masa : 11 pagi - 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalkan para peserta kepada perkakasan asas komputer.
 

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan dikendalikan oleh petugas. Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan dengan pengenalan mengenai komponen atau perkakasan komputer asas seperti monitor, papan kekunci, tetikus, pembesar suara dan cpu. Kemudian, peserta dikehendaki menjawab soalan yang berkaitan bagi menguji memori dan fokus semasa sesi pengajaran.
 
Aktiviti ini membantu peserta meningkatkan pengetahuan tentang komputer dan peranan setiap komponennya. Pengetahuan ini memberi nilai positif dan berguna untuk masa hadapan.
 

Gambar

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 15 Februari 2024
Masa : 11 pagi - 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 13 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan minat dan motivasi belajar, mendorong pemikiran kritis dan kreativiti, memperluaskan pemahaman konsep-konsep STEM, dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
 

Aktiviti

Butiran aktiviti sebagaimana berikut:
 
1. Pemahaman dan pendedahan tentang konsep 3D Hologram: Apa dan bagaimana ia berfungsi.
2. Pembuatan piramid hologram menggunakan bahan-bahan mudah didapati seperti plastik pelindung.
3. Pemprosesan projek hologram secara praktikal: meletakkan piramid hologram di atas peranti (telefon atau tablet).
4. Eksperimen: Percubaan demi percubaan untuk melihat kesan yang berbeza.
 
Aktiviti ini dapat memberikan peluang kepada peserta untuk belajar secara aktif tentang konsep 3D hologram dan aplikasinya dalam STEM. Ia juga membolehkan mereka mengembangkan kemahiran kreativiti, pemikiran kritis, dan kerjasama dalam proses pembuatan hologram.
 

Gambar

____________________________________________________________________________________