Nama : Siti Fatimah
Umur : 33 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Puan Siti Fatimah merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mula berjinak dalam perniagaan secara atas talian

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Siti Fatimah merupakan pelajar di bengkel jahitan yang terletak bersebelahan Pusat Internet. Beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk mengetahui perkhidmatan dan kelas-kelas yang ditawarkan. Beliau berminat untuk menyertai kelas asas Shopee yang diadakan bermula Julai 2020.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Siti Fatimah telah berjaya memiliki kedai Shopee sendiri. Beliau menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk mengepos barang, mencetak dan fotokopi serta menggunakan komputer. Beliau juga mengikuti beberapa kelas lain untuk menambah pengetahuan tentang ICT.