Nama : Noor Fadillah
Umur : 37 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Puan Fadillah merupakan seorang surirumah selepas berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Fadillah menghasilkan produk bakeri dan dijual secara kecil-kecilan. Beliau kerap menghantar anak-anak ke PIK Kg Labohan Dagang untuk mengikuti kelas asas ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Fadillah mendaftarkan diri untuk mengikuti Kelas Asas Shopee yang dianjurkan oleh Kluster Kuala Langat secara atas talian. Beliau kemudiannya mendapatkan kelas persendirian bersama petugas untuk lebih memahami cara jualan melalui Shopee. Beliau cuba menjual beberapa produk seperti Belinjo Gold di kedai Shopee miliknya.