Nama : Siti Fatimah
Umur : 33 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Pn Siti Fatimah merupakan seorang suri rumah yang berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan dengan menjadi ejen produk pakaian dan kesihatan..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Fatimah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Perkenalan dengan PIK Kg Labohan Dagang ialah apabila beliau mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar di kelas jahitan yang terletak bersebelahan dengan bangunan PIK. Pada peringkat awal, beliau hanya menggunakan kemudahan di PIK untuk urusan print, fotostat, penggunaan komputer dan pengeposan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Fatimah telah mengikuti kelas asas Shopee yang diadakan sejak penghujung Julai 2020. Melalui kelas tersebut, beliau telah berjaya membuka kedai atas taliannya sendiri. Beliau mendapat pembeli pertama selepas beberapa minggu mengikuti kelas ini. Beliau juga aktif mempromosikan produk-produk seperti baju tanpa gosok dan set penjagaan diri. Beliau juga sudah berjaya menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan online kecil-kecilan yang diusahakan.

Nama : Siti Hamimah
Umur : 51 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn Siti Hamimah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di salah sebuah institut pengajian tinggi tempatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Siti Hamimah berkhidmat sebagai pembantu tadbir dan sudah mempunyai asas ICT. Perkenalan beliau dengan PIK Kg Labohan Dagang adalah melalui Facebook. Beliau telah menawarkan diri untuk menjadi tenaga pengajar bagi Bengkel Fotografi dan berkongsi ilmu dengan komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penganjuran bengkel Fotografi yang dikendalikan oleh Pn Siti Hamimah dan suaminya, beliau terus aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di PIK Kg Labohan Dagang. Antaranya termasuklah Hari Bersama Komuniti, aktiviti Dashboard Komuniti, siri kelas ICT dan keusahawanan dan banyak lagi. Beliau juga telag berjaya mendaftar sebagai seorang seller di Shopee selepas mengikuti Pertandingan Usahawan Online Pusat Internet. Beliau menghasilkan perencah oden dan menjual set Covid, di samping memperkenalkan beberapa menu makanan Korea, Jepun, Thailand dan Vietnam kepada komuniti setempat.

Nama : Siti Nur Adila
Umur : 24 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Cik Siti Nur Adila merupakan graduan lepasan universiti dan baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Cik Siti Nur Adila baru sahaja menamatkan pengajian di universiti. Beliau kemudiannya membantu keluarga angkatnya menguruskan perniagaan kerepek di kedai dan gerai jualan.Cik Siti Nur Adila mendapat maklumat tentang Kelas Asas Shopee di PIK Kg Labohan Dagang melalui iklan di Facebook. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengetahui tentang kelas Asas Shopee dan Pertandingan Usahawan Baru Pusat Internet, beliau terus mendaftarkan namanya sebagai salah satu peserta. Beliau telah mengikuti beberapa kelas Asas Shopee dan memulakan perniagaan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Beliau menjual beberapa jenis kerepek di kedai Shopee tersebut. Kedainya mula mendapat sambutan dan beliau berjaya menambah pendapatan sampingan, di samping mempromosikan produk kerepek milik keluarga angkatnya.

Nama : Suri Nurfitri
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Adik Suri merupakan seorang pelajar sekolah rendah dan berasal dari Kg Labohan Dagang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, adik Suri merupakan pelajar sekolah rendah yang tidak mahir menggunakan komputer. Selepas mendapat tahu tentang kelas asas komputer yang diadakan di PIK Kg Labohan Dagang, ibunya mendaftarkan nama adik Suri untuk mengikuti kelas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti pelbagai kelas asas komputer yang diadakan di PIK Kg Labohan Dagang, kemahiran komputer adik Suri semakin meningkat. Adik suri sudah mampu menguasai Microsoft Office seperti menaip surat, menghasilkan slide dan membuat pembentangan di hadapan kelas serta membuat asas akaun menggunakan Excel. Di samping itu juga, adik Suri mampu menghasilkan asas animasi, poster online dan mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop.

Nama : Alfalora
Umur : 33 tahun
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Pn Alfalora merupakan kakitangan syarikat swasta dan mula berjinak-jinak dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Alfalora merupakan seorang bekas akauntan dan bertukar kerjaya sebagai Sales Advisor bagi satu jenama kereta tempatan. Beliau berhasrat untuk memulakan perniagaan online bersama suaminya, sebagai salah satu pendapatan tambahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengetahui tentang kelas Asas Shopee dan Pertandingan Usahawan Baru Pusat Internet, beliau terus mendaftarkan namanya sebagai salah satu peserta. Beliau telah mengikuti beberapa kelas Asas Shopee dan memulakan perniagaan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Antara produk yang terdapat dalam kedai Shopee beliau termasuklah Jute Bag, produk makanan salai, shawl dan bantal Hilton. Pada bulan pertama, Pn Alfalora telah memperoleh hasil jualan kira-kira RM700.00.