CALON SPM 2019

Nama : Mohd Azhar Shah Bin Sahri
Umur : 17 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Seorang pelajar sekolah menengah, mula menggunakan khidmat Pusat Internet sejak ia dibuka sehingga kini

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau seorang pelajar yang mempunyai asas tentang komputer. Beliau telah datang ke Pusat Internet untuk mempelajari lebih lanjut tentang penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Contoh : Beliau kini telah pandai menggunakan komputer dengan sendiri. Telah pandai menggunakan aplikasi online. Beliau juga tidak takut lagi menggunakan komputer. Malah telah tahu cara membuat resume, surat dan sebagainya.

USAHAWAN KEDAI DOBI & JAHITAN

Nama : Jumizah Binti Shariff
Umur : 35 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn Jumizah telah berjinak-jinak dalam keusahawan sejak tahun 2018

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah dalam 300.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penggunaan ICT, beliau mampu menambahkan hasil pendapatan bulanan beliau .Beliau telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau melalui Pusat Internet.

USAHAWAN (BAKERI)

Nama : Azlina Binti Darham
Umur : 38 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Azlina merupakan usahawan wanita yang menghasilkan aneka produk berasaskan bakeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azlina sudah beberapa tahun menceburkan diri dalam dunia bakeri. Beliau kerap mempromosikan perniagannya di media sosial. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengetahui cara memperbaharui lesen syarikat serta melaukan aktiviti perbankan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI Kg Labohan Dagang, beliau sering mendapatkan bantuan petugas tentang cara-cara penggunaan internet. Antaranya termasuklah memperbaharui lesen SSM secara online. Jika sebelum ini, beliau perlu pergi ke pejabat SSM untuk memperbaharui lesen SSM, kini beliau hanya perlu berkunjung ke PI Kg Labohan Dagang untuk berbuat demikian. Hal ini memudahkan urusan dan menjimatkan masa.

AZLINA

USAHAWAN DROPSHIP

Nama : Nurul Nabila Binti Nor Azman
Umur : 18 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Adik Nabilah telah berjinak-jinak dalam keusahawan sejak tahun 2018 setelah tamat persekolahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah dalam 500

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penggunaan ict, beliau mampu menambahkan hasil pendapatan bulanan beliau .Beliau telah memiliki Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau melalui Pusat Internet.

MICROSOFT OFFICE 

Nama : Noor Nadiya Binti Lamri
Umur : 21 tahun
Ahli : 5 Februari 2018

Latar Belakang

Saudari Noor Nadiya merupakan pelajar lepasan sekolah yang mencari peluang pekerjaan. Beliau telah ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah syarikat swasta di KLIA. Walau bagaimanapun, syarat untuk bekerja di sana ialah beliau perlu mempunyai asas dalam penggunan komputer.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Saudari Noor Nadiya kerap menemani ibu di tempat kerja. Apabila menerima tawaran untuk bekerja di tempat yang sama, saudari Noor Nadiya berdepan dnegan masalah apabila tidak mahir menggunakan komputer. Bakal majikan Noor Nadiya menyarankan agar beliau mengikuti kelas komputer terlebih dahulu dan belajar asas penggunaan komputer. Hal ini kerana skop tugasan yang bakal dilakukan nanti banyak menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Saudari Noor Nadiya mula mengikuti beberapa kelas komputer di PI Kg Labohan Dagang. Antara kelas yang diikuti termasuklah kelas Microsot Word, Excel dan Power Point. Beliau telah diajar cara-cara membuat surat rasmi, mengisi borang dan membuat kira-kira menggunakan Excel serta menghasilkan slide persembahan menggunakan Power Point. Selain itu juga, Noor Nadiya terlibat dengan aktiviti KOSPEN - PI Kg Labohan Dagang. Beliau telah menjadi sukarelawan bagi dua program saringan yang diadakan di sekitar kampung.

NADIYA

______________________________________________________________________________