Nama : Zunainah
Umur : 40 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Zunainah merupakan seorang surirumah selepas berhenti kerja di salah sebuah syarikat swasta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Zunainah menghasilkan produk kuah rojak dan bantal kekabu. Produk ini dijual melalui Whatsapp dan Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada musim PKP, Pn Zunainah ingin belajar memasarkan produk melalui Shopee. Beliau mendapatkan bantuan petugas selaku tenaga pengajar. Pn Zunainah diajar cara untuk mengambil gambar yang lebih menarik bagi tujuan promosi produk. Beliau juga diajar cara memuat naik produk dan mengisi maklumat di laman Shopee. Kini, beliau telah berjaya menjadi salah seorang penjual bantal kekabu di laman Shopee.