Latar belakang

Pn Ruzitah merupakan seorang suri rumah yang cuba berjinak dalam perniagaan kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan dengan PI, Pn Ruzitah hanya menjadi rakan Facebook di FB PI Kg Labohan Dagang. Selepas petugas mengiklankan tentang kelas pembuatan tempe, Pn Ruzitah menghubungi petugas dan menyatakan hasrat untuk menyertai kelas tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti bengkel Pembuatan Tempe yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Labohan Dagang, Pn Ruzitah telah berjaya menghasilkan tempe buatan sendiri. Pada peringkat awal, beliau hanya mempromosikannya kepada keluarga dan sahabat terdekat. Namun selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan, Pn Ruzitah terus memperluaskan pasaran tempe buatannya ke jiran-jiran dan komuniti setempat. Pn Ruzitah juga turut mempelbagaikan penggunaan tempe masakannya dengan menghasilkan sambal tempe kering, yang dijadikan sebagai doorgift. Pn Ruzitah sering berhubung dengan petugas untuk memaklumkan perkembangan terkini dan meminta pandangan untuk menambahbaik produk jualannya.

Nama : Norazlin
Umur : 43 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Azlin merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan roti dan aneka kek secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Puan Norazlin pernah mengikuti beberapa bengkel masakan berasaskan roti dan bakeri. Beliau cuba menjual kepada orang ramai dan produk keluarannya mula mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Norazlin telah mengikuti beberapa program yang diadakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Bermula dari situ, petugas melihat potensi produk roti keluaran beliau dan membantu dari segi promosi di laman Facebook. Malah, produk roti beliau juga dijual di Pusat Internet pada setiap hari minggu dan mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.

Nama : Muhammad Adam Hakimi
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Adik Muhammad Adam Haki merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang sering ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk menggunakan komputer

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada peringkat awal, adik Adam Hakimi tidak tahu menggunakan komputer dan hanya mengikut kawan ke Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beberapa kali berkunjung ke Pusat Internet, adik Adam Hakimi telah pandai menggunakan komputer untuk menonton video di lama Youtube. Ibunya turut mendaftarkan adik Adam Hakimi supaya mengikuti beberapa kelas asas ICT seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel. Kini, adik Adam Hakimi boleh menggunakan komputer dengan lebih baik.

Nama : Junaidah
Umur : 46 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn Junaidah merupakan seorang usahawan yang menjual goreng pisang, air balang dan katering secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Junaidah mengusahakn gerai goreng pisang di salah sebuah simpang di kampung berhampiran. Namun, Pn Junaidah kemudiannya berehat dari menjual goreng pisang. Sebaliknya, beliau aktif berniaga di bazaar pada bulan puasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti program komuniti di PI Kg Labohan Dagang, Pn Junaidah terus berdaftar sebagai ahli di PI Kg Labohan Dagang. Beliau juga mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan di sini. Antaranya termasuklah bengkel pembuatan tempe, bengkel foto produk, bengkel make up dan beberapa program komuniti yang lain. Ilmu yang dipelajari oleh beliau dapat dipraktikkan dalam perniagaannya.

USAHAWAN BAWANG GORENG

Nama : Suriyanti
Umur : 42 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Suri telah berjinak-jinak dalam keusahawan khidmat menjual bawang goreng

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar bawah RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah dalam ratusan ringgit Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penggunaan ict, beliau mampu menambahkan hasil pendapatan bulanan beliau .Beliau telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau melalui Pusat Internet.