USAHAWAN (BAWANG GORENG SURI)

Nama : Suriyanti Binti Mohamed Sahri
Umur : 43 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Suriyanti merupakan usahawan wanita yang mennghasilkan produk bawang goreng homemade.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Suriyanti merupakan seorang usahawan wanita yang berasal dari Kg Labohan Dagang. Beliau mengusahakan produk bawang goreng yang dikenali dengan jenama Bawang Goreng Suri. Sebelum ini, Puan Suriyanti hanya menghantar anak ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan Puan Suriyanti di Pusat Internet Kg Labohan Dagang bermula apabila beliau mengikuti program Hari Dashboard Komuniti pada bulan September 2017. Melalui program tersebut, Puan Suriyanti berkesempatan untuk mempelajari teknik fotografi produk yang diajar oleh tenaga pengajar jemputan.

Pada tahun 2018 pula, Puan Suriyanti mengikuti program E-Usahawan anjuran MDEC di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Melalui program ini, beliau dapat belajar tentang teknik pemasaran online yang lebih berkesan, di samping membina laman page untuk perniagaan.

suri

______________________________________________________________________________ 

 

 

USAHAWAN KATERING DAN PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH

Nama : Niza Binti Misran
Umur : 46 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Niza merupakan usahawan wanita dalam bidang katering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Niza merupakan usahawan AIM dalam bidang katering dan berasal dari Kg Labohan Dagang. Beliau dan suami mengusahakan kantin sekolah di Banting sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam masa yang sama, beliau juga menjalankan perniagaan katering secara kecil-kecilan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan Puan Niza di Pusat Internet bermula pada tahun 2013, di mana beliau merupakan salah seorang penerima geran RM1000 dari program Get Malaysia Bussiness Online (GMBO) di PI Kanchong Darat.

Pada bulan Ogos 2017, Pn Niza mengikuti kelas E-Rezeki di PI Kg Labohan Dagang bersama rakan-rakan yang lain. Beliau juga mengikuti beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dianjurkan di PI Kg Labohan Dagang. Antaranya termasuklah kelas Animasi (Powtoon), E-Usahawan, Bengkel Foto Produk, Bengkel Pemasaran Online, program Dashboard Komuniti dan banyak lagi.

Selepas beberapa tahun menjalankan perniagaan katering, pendapatan Pn Niza meningkat berbanding sebelumnya. Beliau juga mendapat banyak tempahan katering bagi majlis-majlis keramaian, terutamanya pada musim perayaan.

NIZA

______________________________________________________________________________ 

USAHAWAN JAHITAN

Nama : Farhain Binti Lihin
Umur : 33 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Farhain merupakan usahawan wanita dalam bidang jahitan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Farhain merupakan usahawan AIM dalam dunia jahitan dan berasal dari Kg Labohan Dagang. Beliau mengikuti kelas menjahit di bengkel KEMAS yang terletak bersebelahan dengan PI1M Kg Labohan Dagang. Beliau juga mempunyai bakat dalam bidang solekan dan andaman serta pernah mendapatkan latihan daripada salah seorang pemilik butik andaman dari kampung berhampiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penglibatan Puan Farhain di PI1M Kg Labohan Dagang bermula apabila beliau mendaftarkan anaknya untuk mengikuti kelas asas komputer di sini. Pada bulan Ogos 2017, Puan Farhain mengikuti kelas e-Rezeki bersama beberapa orang lagi rakan di PI1M Kg Labohan Dagang. Sejak itu, beliau acapkali hadir dalam program-program dan kelas yang dianjurkan di PI1M Kg Labohan Dagang.

Tempahan jahitan yang diterima oleh beliau juga semakin bertambah, terutamanya ketika menjelang musim perayaan.

FARHAIN

______________________________________________________________________________ 

Nama : Misliah Binti Ngadiman
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Misliah merupakan seorang usahawan dari Kg Labohan Dagang yang mengusahakan produk Lemang Periuk Kera dan mini katering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Misliah bekerja sebagai kakitangan di sebuah syarikat swasta yang terletak di KLIA, Sepang. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual buah potong di tempat kerjanya. Walaupun hasil jualannya mendatangkan keuntungan yang kecil, namun Pn Misliah bersyukur dan masih meneruskan perniagaan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penglibatan Pn Misliah dan PI1M Kg Labohan Dagang bermula di laman Facebook. Setelah menjadi rakan di Facebook dan melihat aktiviti-aktiviti yang dipromosikan, Pn Misliah membuat keputusan untuk mengikuti program yang ditawarkan. Kelas pertama yang diikuti oleh Pn Misliah ialah program e-Rezeki, yakni sebuah program yang membantu peserta menjana pendapatan sampingan melalui internet.

Pn Misliah kemudiannya mengikuti program-program lain seperti Bengkel Foto Produk, Hari Dashboard Komuniti, Pertandingan Menu Sihat dan sebagainya. Hasil penglibatan dengan program-program di PI1M membolehkan Pn Misliah berkenalan dengan rakan-rakan baru dan lama.

Pada tahun 2017, Pn Misliah mula memperkenalkan produk Lemang Periuk Kera yang dijual pada harga yang berpatutan. Di samping itu juga, beliau turut menjalankan perniagaan mini katering apabila menerima tempahan. Kisah Kejayaan Pn Misliah boleh diikuti di sini.

DSCN3391

 


USAHAWAN HANDBOUQUET GRADUASI

Nama : Normaslinda 
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Maslinda merupakan usahawan kecil dari Kg Labohan Dagang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Maslinda merupakan usahawan muda dari Kg Labohan Dagang. Penglibatannya dalam dunia keusahawanan bermula apabila beliau menjalankan perniagaan roti John di Bazaar Ramadhan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Maslinda telah mendaftar sebagai ahli dan mengikuti kelas pertama di PI1M Kg Labohan Dagang pada bulan Ogos 2017. Bersama rakan-rakan peserta yang lain, Puan Maslinda diajar cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui program e-Rezeki. Selain itu juga, beliau mengikuti Bengkel Fotografi Produk, latihan keusahawanan, kelas animasi Powtoon dan beberapa kelas yang lain untuk mempertingkatkan lagi kemahiran diri dalam dunia ICT.

Kini, beliau mampu melakukan promosi perniagaan di media sosial dengan lebih berkesan. Permintaan terhadap produk Handbouquet juga semakin bertambah, terutamanya ketika menjelang musim graduasi dan majlis kecemerlangan sekolah.

MASLINDA

______________________________________________________________________________