USAHAWAN AISKRIM VIRAL & MR MAMA PIZZA CREW

Nama : Sabariah Suparman
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Sabariah merupakan usahawan dari Kg Labohan Dagang yang mengusahakan produk Aiskrim Viral.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Sabariah merupakan seorang surirumah yang cuba berjinak-jinak dalam dunia perniagaan selepas berhenti kerja di sektor swasta. Pada peringkat awal, Puan Sabariah mengusahakan produk kraftangan yang diperbuat daripada kertas-kertas terpakai dan dibentuk menjadi objek yang menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkenalan Puan Sabariah dan PI Kg Labohan Dagang bermula di laman Facebook. Ketika itu, petugas mula mengumpulkan maklumat mengenai usahawan-usahawan setempat yang mempunyai produk masing-masing. Puan Sabariah memperkenalkan diri dan menunjukkan hasil kraftangan yang dibuat olehnya.

Puan Sabariah kemudiannya mengikuti kelas e-Rezeki pada bulan Ogos 2017. Beliau juga memulakan perniagaan aiskrim viral dan menjadi ejen Mr Mama Pizza pada waktu yang sama. Promosi yang dilakukan oleh petugas PI Kg Labohan Dagang telah menyebabkan produk Puan Sabariah dikenali oleh penduduk kampung dan beliau mula mendapat tempahan yang sangat menggalakkan.

Puan Sabariah masih mengikuti program dan aktiviti anjuran PI Kg Labohan Dagang sehingga kini walaupun sibuk menguruskan tempahan produk. 

AISKRIM 

______________________________________________________________________________