Nama : Misliah Binti Ngadiman
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Misliah merupakan seorang usahawan dari Kg Labohan Dagang yang mengusahakan produk Lemang Periuk Kera dan mini katering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Misliah bekerja sebagai kakitangan di sebuah syarikat swasta yang terletak di KLIA, Sepang. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual buah potong di tempat kerjanya. Walaupun hasil jualannya mendatangkan keuntungan yang kecil, namun Pn Misliah bersyukur dan masih meneruskan perniagaan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penglibatan Pn Misliah dan PI1M Kg Labohan Dagang bermula di laman Facebook. Setelah menjadi rakan di Facebook dan melihat aktiviti-aktiviti yang dipromosikan, Pn Misliah membuat keputusan untuk mengikuti program yang ditawarkan. Kelas pertama yang diikuti oleh Pn Misliah ialah program e-Rezeki, yakni sebuah program yang membantu peserta menjana pendapatan sampingan melalui internet.

Pn Misliah kemudiannya mengikuti program-program lain seperti Bengkel Foto Produk, Hari Dashboard Komuniti, Pertandingan Menu Sihat dan sebagainya. Hasil penglibatan dengan program-program di PI1M membolehkan Pn Misliah berkenalan dengan rakan-rakan baru dan lama.

Pada tahun 2017, Pn Misliah mula memperkenalkan produk Lemang Periuk Kera yang dijual pada harga yang berpatutan. Di samping itu juga, beliau turut menjalankan perniagaan mini katering apabila menerima tempahan. Kisah Kejayaan Pn Misliah boleh diikuti di sini.

DSCN3391