USAHAWAN CADAR PATCHWORK

Nama : Norsafika
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Safika telah berjinak-jinak dalam keusahawan khidmat menjual cadar patchwork secara online serta agen produk Jamu Susuk Dara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Jumlah pendapatan bulanan adalah dalam ribuan ringgit Malaysia.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penggunaan ict, beliau mampu menambahkan hasil pendapatan bulanan beliau .Beliau telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau melalui Pusat Internet.

PELAJAR SEKOLAH

Nama : Muhammad Aziq Haikal
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Seorang pelajar darjah 5 dari Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang gemar mengikui kelas yang diadakan di Pusat Internet selain mengulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah di Pusat Internet sama ada secara bersendirian mahupun bersama rakan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Muhammad Aziq sebelum ini penggunaan ICT kurang dititikberatkan.. Namun selepas wujudnya Pusat Internet, penggunaan teknologi ICT sangat membantu beliau ketika menyiapkan tugasan sekolah malah turut disokong oleh penjaganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selain semakin mahir menggunakan perisian Microsoft Excel, Muhammad Haris juga sudah pandai menghasilkan bahan-bahan grafik menggunakan Adobe Photoshop .

PELAJAR SEKOLAH

Nama : Mohd Aliff Azim
Umur : 14 tahun
Ahli : 2016

 Latar belakang

 Seorang pelajar sekolah menengah, mula menggunakan khidmat PIM sejak PIM dibuka  sehingga kini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau seorang yang mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai komputer. Adik Aliff telah datang ke Pusat Internet untuk menambahkan lagi ilmu tentang komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau kini telah pandai menggunakan komputer dengan sendiri. Telah pandai menggunakan aplikasi online. Beliau juga tidak takut lagi menggunakan komputer. Malah telah tahu cara membuat resume, surat dan sebagainya.

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

Nama : Norazliza
Umur : 34 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Puan Norazliza telah berjinak-jinak dalam keusahawan sejak tahun 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Norazliza bekerja sebagai pengasuh dan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penggunaan ICT, beliau mula berjinak-jinak menjual produk kesihatan secara atas talian. Kini, beliau mampu menjana pendapatan tambahan sebagai usahawan kecil-kecilan.

USAHAWAN HALAL MOONCAKE 

Nama : Siti Rusilah Nasir
Umur : 42 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Rusilah telah berjinak-jinak dalam keusahawanan kuih bulan halal

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah dalam ribuan ringgit Malaysia.