Nama : Niza
Umur : 48 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn Niza merupakan pemilik warung makanan yang diusahakan bersama suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Niza sebelum ini memulakan perniagaan katering kecil-kecilan di rumah, sebelum mendapat tender menguruskan kantin di salah sebuah sekolah rendah agama di Kuala Langat. Urusan perniagaannnya memerlukan beliau menggunakan komputer untuk merekodkan hasil jualan dan membuat sebut harga dan invois.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Niza sudah pandai menghasilkan invois dan sebut harga bagi mendapatkan tender di kilang-kilang atau majlis-majlis keramaian. Beliau juga aktif mengikuti program dan pertandingan yang dianjurkan di PI Kg Labohan Dagang.

 

Nama : Ruslina Hanafiah
Umur : 35 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Pn Roslina merupakan surirumah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Roslina berhubung dengan petugas Pusat Internet Kg Labohan Dagang melalui Facebook selepas melihat iklan berkaitan kelas keusahawanan yang bakal diadakan. Beliau berminat untuk menyertainya dan mendaftarkan nama. Ketika itu, beliau sudah menjadi ejen bagi beberapa produk makanan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Roslina telah mengikuti beberapa siri kelas Asas Shopee. Beliau mencipta akaun seller Shopee dan memuatnaik produk kuih siput. Beliau juga diajar cara mengambil foto produk dengan lebih baik menggunakan bahan-bahan sedia ada.

Latar belakang

Siti Istiyana merupakan pelajar sekolah rendah dari Kg Labohan Dagang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan dengan PI, adik Siti Istiyana hanya tahu menggunakan telefon bimbit untuk menonton video di Youtube. Namun, memandangkan adik Istiyana sering mengikuti abang dan kakaknya ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang, minat untuk belajar komputer mula timbul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti siri kelas Asas Komputer di Pusat Internet, adik Istiyana sudah mempunyai asas penggunaan komputer. Beliau sudah mengetahui perkakas komputer dan fungsinya, sudah pandai menggunakan beberapa aplikasi seperti Microsoft Word dan Powerpoint. Kini, adik Istiyana mampu menyiapkan kerja sekolah menggunakan komputer tanpa pemantauan petugas.

Nama : Nazirah
Umur : 34 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Pn Nazirah nerupakan stokis bagi satu jenama produk kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Nazirah hanya berkunjung ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk menggunakan khidmat pengeposan setelah mengetahui tentang perkhidmatan tersebut di laman Facebook

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beberapa kali berkunjung ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang, Pn Nazirah berminat untuk mencuba mengikuti Kelas Shopee yang diadakan di sini. Pn Nazirah telah berjaya mencipta akaun Kedai Shopee.

Latar belakang

Pn Zaiton merupakan seorang suri rumah yang cuba berjinak dalam perniagaan kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan dengan PI, Pn Zaiton hanya menjadi rakan Facebook di FB PI Kg Labohan Dagang. Selepas petugas mengiklankan tentang kelas pembuatan tempe, Pn Ruzitah menghubungi petugas dan menyatakan hasrat untuk menyertai kelas tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti bengkel Pembuatan Tempe yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Labohan Dagang, Pn Zaiton telah berjaya menghasilkan tempe buatan sendiri. Pada peringkat awal, beliau hanya mempromosikannya kepada keluarga dan sahabat terdekat. Namun selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan, Pn. Zaiton terus memperluaskan pasaran tempe buatannya ke jiran-jiran dan komuniti setempat. Untuk mendapatkan bahan-bahan asas membuat tempe, Pn Zaiton menggunakan aplikasi Shopee untuk membeli-belah.