Nama : Junaidah
Umur : 46 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn Junaidah merupakan seorang usahawan yang menjual goreng pisang, air balang dan katering secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Pn Junaidah mengusahakn gerai goreng pisang di salah sebuah simpang di kampung berhampiran. Namun, Pn Junaidah kemudiannya berehat dari menjual goreng pisang. Sebaliknya, beliau aktif berniaga di bazaar pada bulan puasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti program komuniti di PI Kg Labohan Dagang, Pn Junaidah terus berdaftar sebagai ahli di PI Kg Labohan Dagang. Beliau juga mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan di sini. Antaranya termasuklah bengkel pembuatan tempe, bengkel foto produk, bengkel make up dan beberapa program komuniti yang lain. Ilmu yang dipelajari oleh beliau dapat dipraktikkan dalam perniagaannya.