Latar belakang

Pn Ruzitah merupakan seorang suri rumah yang cuba berjinak dalam perniagaan kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan dengan PI, Pn Ruzitah hanya menjadi rakan Facebook di FB PI Kg Labohan Dagang. Selepas petugas mengiklankan tentang kelas pembuatan tempe, Pn Ruzitah menghubungi petugas dan menyatakan hasrat untuk menyertai kelas tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti bengkel Pembuatan Tempe yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Labohan Dagang, Pn Ruzitah telah berjaya menghasilkan tempe buatan sendiri. Pada peringkat awal, beliau hanya mempromosikannya kepada keluarga dan sahabat terdekat. Namun selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan, Pn Ruzitah terus memperluaskan pasaran tempe buatannya ke jiran-jiran dan komuniti setempat. Pn Ruzitah juga turut mempelbagaikan penggunaan tempe masakannya dengan menghasilkan sambal tempe kering, yang dijadikan sebagai doorgift. Pn Ruzitah sering berhubung dengan petugas untuk memaklumkan perkembangan terkini dan meminta pandangan untuk menambahbaik produk jualannya.