Nama : Norazlin
Umur : 43 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Azlin merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan roti dan aneka kek secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Puan Norazlin pernah mengikuti beberapa bengkel masakan berasaskan roti dan bakeri. Beliau cuba menjual kepada orang ramai dan produk keluarannya mula mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pn Norazlin telah mengikuti beberapa program yang diadakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Bermula dari situ, petugas melihat potensi produk roti keluaran beliau dan membantu dari segi promosi di laman Facebook. Malah, produk roti beliau juga dijual di Pusat Internet pada setiap hari minggu dan mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.