Maklumat aktiviti

Tarikh : 3 Disember 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendorong keterampilan berfikir secara strategik (kognitif), di samping menggabungkan keterampilan STEM.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh dua orang peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran STEM. 

1. Matematik: Permainan Catur melibatkan banyak konsep Matematik termasuk geometri, statistik dan logik.

2. Teknologi: Platform online, aplikasi yang digunakan membantu peserta meningkatkan kemampuan peserta dalam penggunaan teknologi digital.

3. Kemahiran berfikiran kritis: Catur menuntut kemampuan berfikir dan penyelesaian masalah secara cepat. 

Aktiviti ini tidak hanya meningkatkan kemahiran peserta terhadap konsep STEM, tetapi dapat membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran penting lain yang turut dapat diterapkan dalam pelbagai bidang.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 2 Disember 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang interaksi ekosistem. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat lebih memahami bagaimana rantaian makanan berperanan dalam kelestarian ekosistem dan kehidupan manusia.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh enam orang peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah. Di dalam aktiviti ini, para peserta ditunjukkan video animasi yang menjelaskan tentang konsep rantaian makanan secara ringkas, berkesan dan efektif. Seterusnya, sesi perbincangan dan persoalan dibuka bagi mengukuhkan dan menguji kefahaman peserta. Pemahaman terhadap konsep rantai makanan membuka minda dan kemahiran berfikir peserta tentang 'hikmah' daripada kejadian rantai makanan dalam kalangan ekosistem terutamanya haiwan.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 1 Disember 2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti asas berniaga di platform seperti Shopee bertujuan untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan kepada peniaga baru atau yang berpotensi untuk memulakan perniagaan dalam talian.

Aktiviti

1. Memahami Platform: Untuk mengajar peniaga mengenai bagaimana Shopee berfungsi, termasuk langkah-langkah untuk mendaftar, mengendalikan inventori, mengatur produk, dan menggunakan alat-alat yang disediakan oleh platform.

2. Pemasaran dan Penjualan: Memperkenalkan strategi pemasaran asas dalam talian seperti penggunaan gambar dan penerangan produk, strategi harga, promosi, dan pengurusan inventori untuk meningkatkan penjualan.

3. Pengetahuan Hukum dan Keselamatan: Memahami peraturan Shopee dan undang-undang berkaitan e-dagang, serta langkah-langkah keselamatan seperti pengendalian maklumat peribadi pelanggan.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 2 Disember 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendorong kreativiti, kemahiran penyuntingan dan meningkatkan kemahiran Microsoft Word.

Aktiviti

Butiran-butiran aktiviti ini sepertimana berikut:

1. Pemilihan tema: Peserta diminta untuk memilih tema atau fokus tentang diri mereka sendiri untuk scrapbook ini. Ini boleh merangkumi peribadi, minat, pencapaian, atau apa-apa yang relevan dengan pengenalan diri.
2. Kumpulan Bahan: Mencari gambar, teks, kutipan, dan elemen-elemen lain yang berkaitan dengan tema yang telah dipilih.
3. Penggunaan Microsoft Word: Pengajaran dan praktis mengenai cara menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan scrapbook digital. Ini termasuk pengaturcaraan teks, pengaturcaraan gambar dan pemilihan gaya (layout).
4. Kreativiti dalam Reka Bentuk: Peserta digalakkan untuk menjadi kreatif dengan penataan elemen-elemen dalam scrapbook mereka, termasuk penggunaan warna, jenis fon, reka bentuk latar belakang, dan susunan elemen visual.

Aktiviti ini tidak hanya memperkenalkan penggunaan kemahiran Microsoft Word tetapi juga membolehkan peserta menjelaskan diri mereka secara kreatif dalam bentuk scrapbook digital yang menggambarkan diri mereka sendiri.

 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 21 November 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyediakan cara yang pantas dan mudah untuk menandatangani dokumen dari jarak jauh atau secara atas talian tanpa keperluan fizikal.

Aktiviti

Dalam melaksanakan aktiviti ini, peserta diberi panduan untuk menghasilkan/memasukkan tanda tangan digital di dalam dokumen dengan menggunakan Adobe Acrobat. Memasukkan tanda tangan digital melalui Adobe Acrobat mempunyai tiga keadah - Type, Draw, dan Image, sepertimana berikut:

1. Type (Tulis):Membolehkan untuk menaip teks terus ke dalam dokumen menggunakan pelbagai pilihan fon dan format teks.

2. Draw (Lukis): Mengizinkan untuk melukis atau menanda secara manual pada dokumen dengan menggunakan pelbagai alat lukisan seperti pen, pensel, atau alatan lukisan lain.

3. Image (Imej):Membolehkan untuk memasukkan imej atau cap tangan mereka yang telah disediakan terlebih dahulu ke dalam dokumen sebagai tanda tangan digital.

Dengan gabungan ketiga-tiga ciri ini, peserta boleh memilih cara yang paling sesuai untuk menambah tanda tangan digital mereka ke dalam dokumen menggunakan Adobe Acrobat. Mereka boleh menaip, melukis, atau memasukkan imej tanda tangan mereka, menghasilkan dokumen yang sah dan tersimpan dalam format elektronik yang selamat.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________