Maklumat aktiviti

Tarikh : 6 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk untuk membuat teks promosi yang menarik dan persuasif untuk memasarkan produk kepada audiens yang ditargetkan.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh seorang usahawan roti dan bakeri. Di dalam aktiviti ini, peserta diberi panduan dalam menulis copywriting iklan produk merangkumi kaedah penyusunan teks dan ayat, penggunaan bahasa dan pemilihan platform pengiklanan. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 5 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi panduan Facebook Marketplace untuk tujuan perniagaan kepada peserta. 

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh para peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah, untuk tujuan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan. Di dalam aktiviti ini, petugas memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi Facebook Marketplace sebagai salah satu medium pemasaran produk yang boleh digunakan oleh peniaga dan usahawan. Peserta didedahkan kepada kelebihan dan kekurangan penggunaan Facebook Marketplace untuk perniagaan. Kemudian, para peserta juga diberi panduan untuk memasukkan gambar dan keterangan produk. 

Selain itu, peserta juga diberi panduan untuk memasarkan produk menggunakan fungsi Facebook Post untuk membantu peningkatan engagement iklan produk. Ini termasuk panduan menghasilkan copywriting yang efektif.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 November 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kemahiran membaca dan mengenalpasti waktu berdasarkan paparan jam analog.

Aktiviti

Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada aktiviti sebelumnya iaitu "Cara Membaca Waktu". Di dalam aktiviti ini, peserta dikehendaki menjawab kuiz melalui laman web pendidikan Worlwall. Kuiz ini menguji kemahiran peserta untuk membaca waktu dengan kadar kecepatan yang laju. Para peserta menggunakan sifir 5 dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Selain itu, peserta juga berupaya mengenalpasti istilah-istilah seperti: suku jam, setengah jam dan tiga suku jam.  

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 5 November 2023
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap peluang menjana pendapatan melalui perniagaan Roadtax Online.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta memperolehi pelbagai manfaat daripada pendedahan penceramah:

1. Bagaimana suri rumah boleh menjana pendapatan di rumah sebagai ejen roadtax online;

2. Manfaat yang diperolehi sebagai seorang ejen;

3. Kaedah pemasaran online; dan

4. Mindset menjadi seorang usahawan.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi panduan kepada peserta untuk membaca jam analog secara efektif. 

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta diajarkan kaedah dan panduan untuk membaca jam analog dengan betul. Aktiviti ini dimulai dengan mengenalkan peserta dengan paparan jam analog yang merangkumi bahagian-bahagiannya (jarum jam dan minit serta angka pada jam). Kemudian, peserta diberi panduan cara menyebut masa dengan betul berpandukan kedudukan jarum jam dan minit. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________