Maklumat aktiviti

Tarikh : 21 Oktober 2023
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta :  2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi panduan untuk menghasilkan pemasaran dan iklan yang efektif dalam perniagaan.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, penceramah memberi panduan kepada para peserta untuk menaikkan kualiti iklan dan pemasaran serta meningkatkan audiens di media sosial seperti Facebook, Instagram TikTok dan Rev. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 15 Oktober 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Taska Hospital Banting
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini memberi peserta yang terdiri daripada kanak-kanak kebebasan untuk mencipta, mengasah kemahiran mereka dan terlibat dalam aktiviti yang menyeronokkan.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan di Taska Hospital Banting yang dibawakan oleh MI Volunteer PEDi Kg Labohan Dagang. Di dalam aktiviti ini, menggunakan peranti tablet, peserta dikehendaki melukis secara individu dengan jangka masa selama sejam. Peserta diberi kebebasan untuk melukis apa jua lukisan mudah mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti ini tidak hanya membantu dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak, tetapi juga memupuk kebolehan berkomunikasi tumpuan dan keterampilan motor halus. Ini adalah aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk kanak-kanak tadika.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 14 Oktober 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji pemahaman peserta terhadap konsep yang diajar mengenai sistem suria dan planet, di samping dapat meningkatkan retensi pengetahuan mereka.

Aktiviti

Aktiviti ini menggunakan laman web Worldwall.com sebagai medium untuk menjawab kuiz. Dalam aktivit ini, peserta dikehendaki untuk menjawab semua soalan tanpa apa-apa rujukan atau bantuan petugas. Untuk menyempurnakan kuiz ini, peserta dikehendaki memanfaatkan seluruh ingatan dan kefahamannya semasa sesi sebelumnya iaitu aktiviti "Sains: Sistem Solar dan Planet". 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 15 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta :  2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada peserta dalam menguruskan urusan kewangan mereka tanpa perlu mengunjungi cawangan bank fizikal, iaitu hanya dengan menggunakan aplikasi Cimb Clicks.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta didedahkan dengan panduan-panduan untuk menyemak baki akaun, melakukan pindahan wang, membuat pembayaran bil, pemindahan duit dalam talian (interbank GIRO) serta pemindahan wang ke luar negara. 

Tujuan utama CIMB Clicks adalah untuk memberikan kemudahan, keselesaan, dan aksesibiliti kepada perkhidmatan perbankan dalam talian kepada pelanggan, serta membolehkan mereka menguruskan kewangan mereka dengan lebih efisien tanpa perlu mengunjungi cawangan bank fizikal.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 14 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta mengenai sitem solar dan planet-planet.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, dengan batuan video-video youtube sebagai medium pembelajaran, peserta dibawa kepada:

1. Pengenalan kepada sistem solar;

2. Planet dan kateristiknya masing-masing; dan

3. Gagasan tentang orbit dan peredaran planet. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________