Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 November 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Zoom
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi wawasan kepada para peserta tentang peranan AI dalam meningkatkan strategi pemasaran digital dan menyelesaikan cabaran yang mungkin dihadapi oleh usahawan.

Aktiviti

Webinar ini dikendalikan oleh penceramah dari Dattel Asia Group. Butiran ringkas daripada webinar ini, penceramah memberi penerangan mengenai:

1. Peranan AI dalam pemasaran digital;

2. Personalisasi dan pengalaman pengguna;

3. Analisis data dan ramalan melalui fungsi AI;

4. cabaran dan kelebihan penggunaan AI dalam pemasaran; dan

5. Studi kes dan contoh pengguna berjaya dengan AI.

Gambar di sini

___________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 28 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pemahaman asas terhadap prinsip-prinsip teknikal dan mekanikal yang relevan terhadap kestabilan dan keseimbangan kapal terbang kertas. 

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, para peserta diberi pendedahan tentang beberapa faktor terpenting dalam dalam menghasilkan kapal terbang kertas (origami) dengan bertepatan dengan konsep aerodinamik merangkumi faktor bahan, bentuk, ukuran dan struktur lipatan. Pemahaman terhadap konsep tersebut dapat sekali gus dapat membantu peserta untuk mengenalpasti masalah ketidakseimbangan kapal terbang kertas mereka.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 22 Oktober 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mendorong pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah, mengajar cara merangka pelbagai penyelesaian serta memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah yang diperlukan dalam bidang STEM.

Aktiviti

Aktiviti ini menggunakan website engineering.com sebagai medium; permainan ini dinamakan "sugar, sugar" di mana ia merupakan permainan teka-teki strategik yang melibatkan menggambarkan garisan pada skrin untuk mengalirkan gula ke cawan yang ditetapkan. Permainan ini membolehkan pemain bermain-main dengan konsep fizik, terutamanya berkaitan dengan graviti dan sudut. Melukis garisan dengan sudut yang berbeza boleh mempengaruhi laju aliran gula, membolehkan pemain mengkaji bagaimana sudut dan arah garisan mempengaruhi pergerakan benda.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 25 Oktober 2023
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberi panduan kepada peserta sebagai usahawan untuk memasarkan produk mereka di dalam platform agrobazaar online. 

Aktiviti

Aktiviti ini adalah dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kota Raja, Klang. Aktiviti ini dikendalikan oleh pihak FAMA. Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan dengan kebaikan platform agrobazaar.com kepada para usahawan. Peserta diberi panduan untuk mendaftar akaun dan membuka kedai dalam platform berikut, serta cara-cara untuk memasukkan produk-produk mereka.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 22 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkukuh pemahaman dan kefahaman mengenai isu-isu yang melibatkan Palestin serta membina kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan tayang beberapa video (youtube) yang menceritakan isu semasa serta konflik yang sedang terjadi di Gaza, Palestin. Video-video tersebut merangkumi perbincangan tentang sejarah, politik dan isu semasa berkaitan Palestin. Petugas bertanggungjawab untuk merumuskan maklumat-maklumat tersebut agar mudah difahami. Seterusnya, peserta dikehendaki untuk menjelaskan semula pemahaman mereka secara ringkas berkaitan isu dan konflik Palestin.

Aktiviti ini, sekali gus dapat memupuk kesedaran dan pendedahan awal kepada peserta terhadap kepentingan bersolidariti kepada nasib Palestin. Selain itu, aktiviti ini turut dapat memupuk nilai aktivisme, simpati dan empati. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________