Maklumat aktiviti

Tarikh : 11 Oktober 2023
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta memahami, merancang, dan menyusun resume yang efektif serta mengasah keterampilan dan pengetahuan untuk membuat resume yang dapat menarik perhatian perekrut atau calon majikan.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta didedahkan tentang struktur asas resume, termasuk penyusunan bahagian-bahagian seperti maklumat diri, pengalaman pekerjaan, latar pendidikan, kemahiran dan rujukan. Seterusnya, keterampilan penulisan; di mana ia memberi peranan terhadap kualiti suatu resume. Akhir sekali, desain resume. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 8 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih kemahiran digital peserta terutama dalam membuat e-card beranimasi. 

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Di dalam aktiviti ini, para peserta didedahkan kepada beberapa aspek, merangkumi penggunaan fungsi-fungsi (features) Canva yang diperlukan untuk mencipta e-card. Peserta diajarkan kaedah atau panduan pemilihan warna dan kombinasi warna yang sesuai. Kombinasi warna, pemilihan font dan saiz yag sesuai akan menghasilkan tampilan atau persembahan e-card yang efektif dan menarik. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 7 Oktober 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalkan komponen-komponen yang terdapat dalam Windows 11 kepada peserta. 

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Di dalam aktiviti ini, para peserta dikenalkan kepada Windows 11 secara dasar. Seterusnya, mereka dikenalkan kepada komponen-komponen asas yang terdapat dalam Windows 11 dan fungsinya seperti Desktop, Desktop Icons, Taskbar, Tasbar Icons, Start Menu, Power Button dan Recyce Bin. 

Melalui aktiviti ini, peserta berupaya menggunakan komputer dengan lebih baik, betul dan aktif.

 

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 7 Oktober 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalkan peserta kepada peserta tentang penggunaan Google Translate dengan cara yang bermanfaat.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, pada permulaannya peserta dijelaskan mengenai pengenalan kepada Google Translate serta bagaimana ia berperanan dalam menterjemahkan teks antara bahasa. Seterusnya, peserta juga dijelaskan tentang bagaimana Google Translate dapat membantu dalam kehidupan sehari-hari. Peserta juga diberi demonstrasi secara praktikal menggunakan Google Translate: memasukkan teks, memilih bahasa dan mendengarkan terjemahan; dan akhir sekali para peserta diberi tugasan untuk menggunakan Google Translate. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 Oktober 2023
Masa : 11 pagi - 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada peserta cara untuk memanfaatkan Google Maps dan memahami perbezaan antara tampilan peta satelit dan tampilan peta biasa.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh dua orang peserta. Di dalam aktiviti ini, para peserta didedahkan kepada beberapa aspek:

1. Pengenalan Google Maps;

2. Akses Google Maps;

3. Eksplorasi Peta Biasa (Maps);

4. Eksplorasi Peta Satelit;

5. Pencarian lokasi spesifik menggunakan Google Maps;

6. Navigasi dan petunjuk arah; dan

7. Simulasi penggunaan.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengajarkan peserta cara memahami dan menggunakan Google Maps dengan efektif, terutama dalam konteks tampilan peta biasa dan tampilan peta satelit. Selain itu, aktiviti ini juga mencakup aspek pencarian, navigasi, dan pemanfaatan layanan terkait yang ditawarkan oleh Google Maps.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________