Maklumat aktiviti

Tarikh : 18 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalkan konsep-konsep asas dalam sains dan fizik kepada para peserta dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Dalam melaksanakan aktiviti ini, beberapa bahan yang diperlukan ialah: straw, kertas, gunting dan pita pelekat. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:

1. Lipat kertas kepada empat dan guntingkan kepada 4 bahagian.

2. Satu bahagian daripadanya, gulung mengikut acuan straw dan gunakan pita pelikat untuk mengikatnya.

3. Bentukkan sebahagian kertas berbentuk dua tiga segi kecil dan jadikannya sebagai sayap roket, kemudian lekatkan ke badan roket.

4. Cuba terbangkan roket menggunakan straw melalui tiupan. 


Pengajaran STEM:

Sains: Menerangkan prinsip fizik yang melibatkan tindak balas kuasa dorong dan graviti yang terlibat dalam penerbangan roket.
Teknologi: Menggunakan bahan sederhana untuk membuat alat yang berfungsi.
Kejuruteraan: Memahami struktur dan reka bentuk roket untuk mencapai prestasi terbaik.
Matematik: Mengukur, membuat anggaran, dan melaksanakan percubaan untuk meningkatkan prestasi roket.


Aktiviti ini tidak hanya melibatkan keseronokan dalam membuat roket, tetapi juga memperkenalkan konsep-konsep penting dalam STEM kepada kanak-kanak secara praktikal.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 18 November 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Aktiviti

Permainan atau aktiviti ini melibatkan senario penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran kejuruteraan untuk mencipta penyelesaian. Permainan ini juga memiliki elemen-elemen yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah atau teka-teki. 

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 16 November 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mendengar para peserta, termasuk kemahiran untuk memahami, menangkap dan merespon secara efektif terhadap maklumat yang disampaikan.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh tiga orang peserta daripada kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Di dalam aktiviti ini, peserta didedahkan kepada:

1. Penekanan pemahaman terhadap mesej audio dan video:

2. Kemahiran mengemukakan soalan dan perbincangan;

3. Latihan mendengar secara terarah;

4. Pengenalan perbendaharaan kata dan pengucapan; dan

5. Menganalisis dan menilai maklumat daripada video secara berkesan.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 18 November 2023
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran rekaan cipta digital menggunakan Canva untuk pemasaran produk.

Aktiviti

Aktiviti ini dikendalikan oleh Niza Smart Services dan disertai oleh lapan orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan peniaga. Dalam aktiviti ini, para peserta didedahkan kepada:

1. Pengenalan platform Canva;

2. Pemahaman mengenai reka bentuk poster;

3. Demo dan panduan langkah demi langkah;

4. Latihan amali; dan

5. Penilaian dan perbincangan.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________

Maklumat aktiviti

Tarikh : 16 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk untuk bertujuan untuk mengajar peserta tentang konsep dasar dalam menggunakan perisian spreadsheet (microsoft excel).

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh tiga orang peserta daripada kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Di dalam aktiviti ini, peserta diberi pendedahan tentang:

1. Pengenalan Microsoft Excel, spreedsheet.

2. Membuat dan mendalikan data - cara membuat spreadsheet baru, menyusun data dan mengubah saiz baris/kolum.

3. Pembuatan carta dan graf

4. Pengurusan fail excel.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________