Maklumat aktiviti

Tarikh : 18 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalkan konsep-konsep asas dalam sains dan fizik kepada para peserta dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.

Aktiviti

Dalam melaksanakan aktiviti ini, beberapa bahan yang diperlukan ialah: straw, kertas, gunting dan pita pelekat. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:

1. Lipat kertas kepada empat dan guntingkan kepada 4 bahagian.

2. Satu bahagian daripadanya, gulung mengikut acuan straw dan gunakan pita pelikat untuk mengikatnya.

3. Bentukkan sebahagian kertas berbentuk dua tiga segi kecil dan jadikannya sebagai sayap roket, kemudian lekatkan ke badan roket.

4. Cuba terbangkan roket menggunakan straw melalui tiupan. 


Pengajaran STEM:

Sains: Menerangkan prinsip fizik yang melibatkan tindak balas kuasa dorong dan graviti yang terlibat dalam penerbangan roket.
Teknologi: Menggunakan bahan sederhana untuk membuat alat yang berfungsi.
Kejuruteraan: Memahami struktur dan reka bentuk roket untuk mencapai prestasi terbaik.
Matematik: Mengukur, membuat anggaran, dan melaksanakan percubaan untuk meningkatkan prestasi roket.


Aktiviti ini tidak hanya melibatkan keseronokan dalam membuat roket, tetapi juga memperkenalkan konsep-konsep penting dalam STEM kepada kanak-kanak secara praktikal.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________