Maklumat aktiviti

Tarikh : 5 November 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi panduan Facebook Marketplace untuk tujuan perniagaan kepada peserta. 

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh para peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah, untuk tujuan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan. Di dalam aktiviti ini, petugas memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi Facebook Marketplace sebagai salah satu medium pemasaran produk yang boleh digunakan oleh peniaga dan usahawan. Peserta didedahkan kepada kelebihan dan kekurangan penggunaan Facebook Marketplace untuk perniagaan. Kemudian, para peserta juga diberi panduan untuk memasukkan gambar dan keterangan produk. 

Selain itu, peserta juga diberi panduan untuk memasarkan produk menggunakan fungsi Facebook Post untuk membantu peningkatan engagement iklan produk. Ini termasuk panduan menghasilkan copywriting yang efektif.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________