Maklumat aktiviti

Tarikh : 2 Disember 2023
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang interaksi ekosistem. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat lebih memahami bagaimana rantaian makanan berperanan dalam kelestarian ekosistem dan kehidupan manusia.

Aktiviti

Aktiviti ini disertai oleh enam orang peserta daripada kalangan pelajar sekolah rendah. Di dalam aktiviti ini, para peserta ditunjukkan video animasi yang menjelaskan tentang konsep rantaian makanan secara ringkas, berkesan dan efektif. Seterusnya, sesi perbincangan dan persoalan dibuka bagi mengukuhkan dan menguji kefahaman peserta. Pemahaman terhadap konsep rantai makanan membuka minda dan kemahiran berfikir peserta tentang 'hikmah' daripada kejadian rantai makanan dalam kalangan ekosistem terutamanya haiwan.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________