Maklumat aktiviti

Tarikh : 21 November 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyediakan cara yang pantas dan mudah untuk menandatangani dokumen dari jarak jauh atau secara atas talian tanpa keperluan fizikal.

Aktiviti

Dalam melaksanakan aktiviti ini, peserta diberi panduan untuk menghasilkan/memasukkan tanda tangan digital di dalam dokumen dengan menggunakan Adobe Acrobat. Memasukkan tanda tangan digital melalui Adobe Acrobat mempunyai tiga keadah - Type, Draw, dan Image, sepertimana berikut:

1. Type (Tulis):Membolehkan untuk menaip teks terus ke dalam dokumen menggunakan pelbagai pilihan fon dan format teks.

2. Draw (Lukis): Mengizinkan untuk melukis atau menanda secara manual pada dokumen dengan menggunakan pelbagai alat lukisan seperti pen, pensel, atau alatan lukisan lain.

3. Image (Imej):Membolehkan untuk memasukkan imej atau cap tangan mereka yang telah disediakan terlebih dahulu ke dalam dokumen sebagai tanda tangan digital.

Dengan gabungan ketiga-tiga ciri ini, peserta boleh memilih cara yang paling sesuai untuk menambah tanda tangan digital mereka ke dalam dokumen menggunakan Adobe Acrobat. Mereka boleh menaip, melukis, atau memasukkan imej tanda tangan mereka, menghasilkan dokumen yang sah dan tersimpan dalam format elektronik yang selamat.

Gambar di sini

____________________________________________________________________________________