Tarikh : 24 Mac 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 12 orang


Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan dan mengedit video.

Aktiviti

Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Belia Bukit Changgang telah mengikuti Bengkel Penghasilan dan Pengeditan Video Pendek. Program dimulakan dengan sesi advokasi Klik Dengan Bijak, yakni taklimat penggunaan internet secara berhemah. Program disusuli dengan pengenalan kepada Penerbitan Video, merangkumi fara Pra-Penerbitan, Penerbitan dan Pasca-Penerbitan. Peserta kemudiannya diajar tentang cara mengedit video menggunakan aplikasi Filmora.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Sek Men Keb Bukit Changgang
Peserta : 180 orang


Tujuan

Memupuk kesedaran tentang penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah melalui program advokasi Klik Dengan Bijak.

 

Aktiviti

Dianggarkan kira-kira 180 peserta, yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 SMK Bukit Changgang telah menyertai program Advokasi Klik Dengan Bijak. Program anjuran Pusat Internet Kluster Kuala Langat ini berlangsung pada 16 Mac 2018, dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah tersebut. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah taklimat tentang Sebenarnya.MY, Mobile e-Waste dan Klik Dengan Bijak. Para peserta juga diberi soalan kuiz bagi merebut cenderahati istimewa yang disediakan oleh petugas PI.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 25 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Markaz Idrisiah Cubcross Circuit, Kg Labohan Dagang


Tujuan

Menjalankan saringan kesihatan kepada para pengunjung yang hadir ke program Kejohanan Cubcross.

Aktiviti

Petugas PI1M Kg Labohan Dagang menjalankan aktiviti saringan kesihatan KOSPEN-PI bersempena dengan program Kejohanan Cubcross di Kg Labohan Dagang. Program saringan diadakan seawal jam 9.00 pagi, dimulakan dengan pendaftaran, pemeriksaan berat dan tinggi serta mengira jumlah BMI, disusuli pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.

Di samping aktiviti saringan kesihatan, pengisian lain dalam program Kejohanan Cubcross termasuklah Pertandingan Lumba Basikal, Pertandingan Perlumbaan kategori motor standard, motor cubcross dan kategori motor supercross.

Gambar Di Sini

 

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 10 Mac 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 60 orang


Tujuan

Mempromosikan Pusat Internet Kg Labohan Dagang kepada komuniti setempat, di samping meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Kg Labohan Dagang yang ke-100 tahun.

 

Aktiviti

Kira0kira 60 orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan program Hari Bersama Komuniti yang diadakan di PI Kg Labuhan Dagang pada 10 Mac 2018. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah acara sukaneka komuniti, pertandingan foto produk dan pertandingan masakan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 17 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Dewan Besar Kg Labohan Dagang


Tujuan

Menjalankan saringan kesihatan kepada para pengunjung yang hadir ke program Semarak Sukan Wanita Kg Labohan Dagang.

Aktiviti

Petugas PI1M Kg Labohan Dagang menjalankan aktiviti saringan kesihatan KOSPEN-PI bersempena dengan program Semarak Sukan Wanita Kg Labohan Dagang. Program saringan diadakan seawal jam 8.00 pagi, dimulakan dengan pendaftaran, pemeriksaan berat dan tinggi serta mengira jumlah BMI, disusuli pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.

Di samping aktiviti saringan kesihatan, pengisian lain dalam program Semarak Sukan Wanita termasuklah pertandingan bola jaring, pertandingan congkak, mencanting batik, anyaman tradisi, gubahan bunga, pertandingan memasak dan lain-lain.

Petugas jugga menjalankan saringan kesihatan di Pondok Bustanul Ariffin Kg Labohan Dagang pada sebelah petang. Para peserta saringan terdiri daripada pelajar-pelajar berumur 18 tahun ke atas.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________