Tarikh : 3 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 20 orang

Tujuan

Sebagai salah satu medium mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang kepada usahawan-usahawan AIM.

 

Aktiviti

Seramai 20 orang usahawan AIM cawangan Pusat Sri Baiduri 2 telah mengadakan mesyuarat minggun di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Mesyuarat mingguan ini merupakan salah satu bentuk promosi yang dilakukan oleh Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk menarik lebih ramai lagi usahawan supaya berkunjung dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di sini. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan kehadiran, pengesahan minit mesyuarat yang lepas, membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perancangan seterusnya.

 

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

 

Tarikh : 2 Julai 2018 (Isnin)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 2 orang


Tujuan

Untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta yang ingin mengisi borang permohonan pinjaman PTPTN secara atas talian.

Aktiviti

Seramai 2 orang peserta telah hadir ke Pusat Internet Kg Labohan Dagang untuk mengisi permohonan pinjaman PTPTN secara atas talian. Para peserta diberi penerangan tentang cara mengisi borang serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Peserta kemudiannya membuat pendaftaran awal di dalam sistem dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 3 Jun 2018 (Ahad)
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 10 orang


Tujuan

Sebagai salah satu aktiviti pengisian bagi para pelajar pada bulan Ramadan, di samping menambahkan pengetahuan mereka tentang ibadah puasa melalui soalan-soalan kuiz yang diajukan.

Aktiviti

Seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti Kuiz Kahoot Ramadan yang diadakan pada hari Ahad yang lepas. Para peserta perlu menjawab 20 soalan berkenaan puasa yang disediakan di laman web Kahoot. Tiga peserta yang mengumpul markah tertinggi mendapat cenderahati daripada Pusat Internet Kg Labohan Dagang.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 22 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 8 orang


Tujuan

Sebagai salah satu aktiviti pengisian bagi para pelajar pada bersempena dengan cuti sekolah, di samping memperkenalkan semula permainan tradisional Dam Aji kepada para peserta.

Aktiviti

Seramai 8 orang peserta telah mengikuti pertandingan Dam Aji yang julung-julung kali diadakan. Program dimulakan dengan sesi pengenalan tentang Dam Aji dan cara bermain, di samping para peserta diberi peluang untuk cuba bermain sebelum pertandingan dimulakan. Para peserta kemudiannya mencabut undi bagi mengetahui lawan masing-masing. Pertandingan berlangsung untuk tiga peringkat, iaitu peringkat Kalah-Mati, peringkat Separuh AKhir dan peringkat Akhir. Setiap peserta menerima cenderahati daripada petugas.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 26 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 14 orang


Tujuan

Mempromosikan Pusat Internet Kg Labohan Dagang kepada peserta-peserta baru dan lama melalui program komuniti yang diadakan.

Aktiviti

Seramai 14 orang peserta telah menyertai kelas Simple Make Up di Hari Raya. Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar, Pn Asrina Jamiran dari Sufi Haya Salon & Beauty Care dengan kerjasama Giffarine Cosmetic. Para peserta diberi pendedahan tentang rutin pembersihan dan penjagaan wajah sebelum memulakan sesi make up menggunakan alat-alat kosmetik yang disediakan. Selepas melihat demo yang dilakukan oleh Pn Asrina, para peserta kemudiannya diberi peluang untuk menata rias wajah masing-masing. Sesi jualan alatan kosmetik dari Giffarine Malaysia turut diadakan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________