Tarikh : 9 Februari 2018 (Jumaat)
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 11 orang


Tujuan

Memberi pengenalan kepada pelajar-pelajar tadika 6 tahun tentang komputer dan asas menaip.

 

Aktiviti

Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid 6 tahun dari Tadika Kemas Layang Labi telah mengikuti Kelas Asas Komputer (Rapid Typing). Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan kepada komputer, diikuti latihan asas menaip. Kelas diakhiri dengan sesi menyanyi dan menari lagu kanak-kanak mengikut video yang terdapat di laman Youtube.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 28 Januari 2018 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang


Tujuan

Kelas Grooming bersama JSD merupakan program yang bertujuan membantu memperbaiki penampilan peserta.

 

Aktiviti

Seramai 6 orang peserta yang merupakan ejen dan stokis JSD telah mengikuti kelas grooming yang diadakan di PI1M Kg Labohan Dagang. Seorang tenaga pengajar dan dua pengiring turut sama dalam kelas tersebut. Mereka diajar cara merias wajah dan teknik solekan dnegan betul dan berkesan sebelum mempraktikkannya. Turut diadakan saringan kesihatan KOSPEN sebagai salah satu aktiviti sampingan.

DSCN2913

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 17 Disember 2017
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 9 orang


Tujuan

Kelas Animasi Powtoon pada kali ini diadakan khusus bagi golongan dewasa untuk mendedahkan mereka tentang penggunaan aplikasi PowToon ketika membuat pembentangan di dalam kelas mahupun di tempat kerja.

 

Aktiviti

Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa telah menyertai kelas aplikasi PowToon. Kelas dimulakan dengan program advokasi Klik Dengan Bijak, khusu bagi memberi kesedaran kepada pengguna tentang penggunaan internet secara berhemah. Program dimulakan dengan pengenalan kepada PowToon dan latihan menghasilkan slide animasi menggunakan aplikasi tersebut.

DSCN2699

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 23 Disember 2017
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 36 orang


Tujuan

Program 'Back To School' merupakan sebuah program motivasi sebagai persediaan buat pelajar-pelajar yang bakal kelmabli ke sekolah.

 

Aktiviti

Seramai 36 orang peserta telah mengikuti program motivasi 'Back To School' yang diadakan pada 23 Disember 2017. Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi. Program dimulakan tepat jam 9.30 pagi dan dikendalikan oleh saudara Mohd Sharul bin Jasmin dari X-Factor Motivation selaku motivator yang mengendalikan program ini. Pelbagai pengisian menarik yang disampaikan oleh saudara Sharul. Antaranya termasuklah Gaya Belajar Efektif dan Teknik Membuat Nota serta aktiviti sampingan, Brain Gym. 

DSCN2829

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 16 Disember 2017
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang
Peserta : 19 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk melatih usahawan-usahawan online tentang teknik pemasaran produk secara atas talian dengan lebih berkesan.

 

Aktiviti

Seramai 19 orang usahawan setempat telah menghadiri program kerjasama GABEM yang julung-julung kali diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Labohan Dagang. Program dimulakan dengan pendaftaran epserta seawal jam 8.00 pagi, di samping saringan kesihatan yang dilakukan secara percuma. Seterusnya, para peserta mendengar taklimat berkaitan 1Keluarga 1 Syarikat. Program diteruskan dengan sesi coaching berkaitan Pembungkusan dan Penjenamaan Produk yang disampaikan oleh wakil dari Dewan Perniagaan Usahawan kecil Malaysia (DPUKM). Para peserta kemudiannya diajar tentang Teknik Kreatif Pemasaran melalui Media Sosial oleh wakil Dazra Ventures & Consultancy. Sesi coaching diakhiri dengan taklimat bertajuk Platform & Pengiklanan Online yang Berkesan daripada Persatuan Usahawan Pusat Internet Malaysia (PUIM).

GABEM

_____________________________________________________________________________________