Tarikh : 21 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Memberi latihan keusahawanan kepada usahawan-usahawan setempat.

 

Aktiviti

Para peserta diajar tentang asas-asas keusahawanan secara online, kepentingan membina jenama dan trademark, menghasilkan akaun Facebook, instagram dan Whatsapp untuk perniagaan, menghasilkan banner dan poster melalui aplikasi Canva serta teknik-teknik pemasaran secara atas talian

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 12 Julai 2018 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Judah
Peserta : 25 orang


Tujuan

Untuk memberi pengenalan tentang asas komputer dan internet kepada peserta-peserta Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP).

 

Aktiviti

Seramai 25 peserta program KEDAP yang berdaftar di bawah JAKOA dan SK Sungai Judah, Pulau Carey telah terlibat dalam program Interaksi ICT anjuran Pusat Internet Kluster Kuala Langat. Seramai 5 orang penolong pengurus Pusat Internet Kluster Kuala Langat terlibat dan mendapat kerjasama dari guru-guru SK Sg Judah, Pulau Carey. Program dimulakan dengan pendaftaran para peserta seawal jam 2.00 petang. Para peserta kemudiannya dibawa ke dalam bilik latihan untuk mendengar taklimat. Taklimat pertama ialah berkaitan dengan pengenalan kepada komputer. Petugas mjenerangkan tentang apa itu komputer serta komponen-komponen yang terdapa dalam komputer. Peserta kemudiaannya diberi penerangan tentang asas internet dan kegunaan internet dalam kehidupan seharian. Program diakhiri dengan taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 10 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 30 orang


Tujuan

Sebagai salah satu bentuk pembelajaran interaktif untuk memperkenalkan dunia ICT kepada murid-murid Tadika KEMAS Layang Labi

Aktiviti

Seramai 30 orang kanak-kanak dari Tadika KEMAS Layang Labi telah menyertai kelas E-Pembelajaran di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun dibahagikan kepada dua kumpulan. Mereka diberi tugasan menyiapkan susunan puzzle yang terdapat dalam laman sesawang jigsawplanet.com. Selepas itu, kesemua mereka terlibat dalam aktiviti menyanyi dan menari lagu kanak-kanak yang terdapat di laman www.youtube.com

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 10 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 20 orang

Tujuan

Sebagai salah satu medium mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang kepada usahawan-usahawan AIM.

Aktiviti

Seramai 20 orang ahli AIM Pusat Sri Baiduri 2 telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bertempat di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Majlis ini merupakan salah satu pengisian bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli, di samping memeriahkan lagi bulan Aidilfitri. Program dimulakan dengan mesyuarat mingguan AIM selama satu jam. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi fotografi dan jamuan makan yang disediakan sendiri oleh ahli AIM Pusat Sri Baiduri 2. Petugas Pusat Internet Kg Labohan Dagang juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan program-program yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

 

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 8 Julai 2018 (Ahad)
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 10 orang


Tujuan

Sebagai salah satu bentuk pengisian aktiviti kepada pelajar-pelajar sekolah bersempena dengan cuti hujung minggu, di samping menjalankan kempen kesedaran internet secara berhemah melalui Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti program Klik Dengan Bijak dan Jigsaw Puzzle yang diadakan di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Program dimulakan dengan taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak serta sesi soal jawab. Para peserta kemudiannya cuba menyelesaikan puzzle yang disediakan di laman sesawang www.jigsawplanet.com. Peserta terpantas yang berjaya menyelesaikan puzzle tersebut dikira sebagai pemenang dan menerima cenderahati.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________