Tarikh : 21 Mei 2018 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Labuhan Dagang
Peserta : 2 orang


Tujuan

Memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara poster dan banner untuk tujuan promosi di media sosial.

Aktiviti

PI Kg Labohan Dagang dikunjungi peserta yang mengusahakan perniagaan makanan sempena bulan Ramadan. Mereka ingin mempelajari cara menghasilkan bahan grafik untuk tujuan prmosi perniagaan. Para peserta diperkenalkan dengan laman sesawang Canva.com yang dapat digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan grafik bagi tujuan promosi dan pemasaran produk di media sosial. Para peserta kemudiannya menghasilkan sendiri poster untuk dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Kg Labuhan Dagang
Peserta : 7 orang


Tujuan

Memberi latihan keusahawanan kepada usahawan-usahawan setempat.

Aktiviti

Para peserta diajar tentang asas-asas keusahawanan secara online, kepentingan membina jenama dan trademark, menghasilkan akaun Facebook, instagram dan Whatsapp untuk perniagaan, menghasilkan banner dan poster melalui aplikasi Canva serta teknik-teknik pemasaran secara atas talian.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 15 orang


Tujuan

Memberi taklimat tentang tips keselamatan ketika menggunakan internet

Aktiviti

Lima orang sukarelawan Malaysia ICT Volunteer mengadakan program MIV (Adobe Photoshop) bertempat di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai program ini. Mereka diberi taklimat tentang etika semasa melayari internet. Para peserta juga diberi peluang untuk menjawab soalan melalui kuiz Kahoot.It berdasarkan modul-modul yang telah disampaikan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 6 Mei 2018 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PI Kg Labuhan Dagang
Peserta : 5 orang


Tujuan

Memberi latihan keusahawanan kepada usahawan-usahawan setempat.

Aktiviti

Para peserta diajar tentang asas-asas keusahawanan secara online, kepentingan membina jenama dan trademark, menghasilkan akaun Facebook, instagram dan Whatsapp untuk perniagaan, menghasilkan banner dan poster melalui aplikasi Canva serta teknik-teknik pemasaran secara atas talian.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________

Tarikh : 29 April 2018 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 10 orang


Tujuan

Memperkenalkan aplikasi Adobe Photoshop kepada pelajar sekolah menengah

Aktiviti

Lima orang sukarelawan Malaysia ICT Volunteer mengadakan program MIV (Adobe Photoshop) bertempat di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan belia telah menyertai program ini. Mereka diajar tentang cara menghasilkan resume menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.

Gambar Di Sini

 

_____________________________________________________________________________________